Sinopsis Ayam

Ayam mengisahkan tentang dua adik-beradik, Aidil dan Fitri yang mengalami hubungan tegang setelah kehilangan ’ayam’ yang sepatutnya menjadi hidangan utama sempena Hari Raya.

Menjelang Hari Raya Aidilfitri, Mak Jah meminta Fitri untuk membeli ayam untuk dibuat rendang. Dalam perjalanan ke pasar, Fitri bertemu Wan (Afik Shafik). Wan merupakan rakan kepada Aidil yang sentiasa mempunyai hasad dengki terhadap Aidil dan Fitri. Apabila mendapat tahu Fitri ingin membeli seekor ayam, Wan terus menjual ayam jantan yang dicurinya dari Pak Malau (Ilya Buang) kepada Fitri.

Sementara itu, Pak Malau mula menyedari akan kehilangan ayam jantan kesayangannya itu. Tanpa berlengah, Pak Malau pergi bertanya tentang ayamnya pada beberapa penduduk kampung. Akhirnya salah seorang penduduk kampung memberitahu bahawa dia ternampak Wan menjual seekor ayam kepada Fitri. Pak Malau mencari Wan dan mengugut akan membuat sesuatu kepada Wan jika ayam kesayangannya itu tidak dipulangkan. Wan yang tahu Pak Malau sememangnya hebat dalam dunia persilatan dan berlawan segera mencari Fitri.

Sesampainya Wan di rumah Mak Jah, Wan terus membuat tawaran kepada Fitri dengan membayar harga ayam jantan itu dua kali ganda dari harga yang dibeli oleh Fitri daripadanya tempoh hari. Fitri bersetuju tetapi Aidil membantah dengan tawaran Wan itu. Kemudian Aidil dan Fitri bertengkar sehingga menyebabkan ayam jantan itu terlepas dari mereka.

Budin dan Mail yang sudah lama memerhatikan Aidil, Fitri dan Wan mengambil peluang untuk mencuri ayam jantan yang sudah terlepas itu. Mereka semua mengejar ayam jantan itu dan masing-masing mengaku ayam jantan itu milik kepunyaan mereka. Apakah yang akan berlaku selepas itu? Siapakah yang akan berjaya mendapatkan ayam jantan itu?

Pelakon: Naim Daniel, Fazley Daniel Ali, Eyka Farhana, Afik Shafik, Fazlina Ahmad Daud, Ilya Buang, Sharid Kunal, Ku Haris, Haidir.

Ayam (4 Episod)

SIARAN: Mulai 14 Julai, Setiap Ahad (pukul 7.30 malam)

Ayam Episod Pertama

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top