Pementasan teater ‘Maduku.. Kalut’ yang berdurasi selama 1 jam 30 minitakan berlangsung  pada 27 hingga 29 September 2013 ini bertempat di Lambang Sari, Istana Budaya, jam 8.30 malam.

Tiket boleh didapati di kaunter BoxOffice Istana Budaya dan  AirAsiaRedTix.com dengan harga RM 35, RM 55, dan RM 85. Untuk tempahan secara berkumpulan dan maklumat lanjut, hubungi Amirul di talian 0133962612.


Sinopsis Teater Maduku Kalut
Teater komedi  Maduku Kalut berlatar belakangkan era moden ini mengisahkan tentang kehidupan seorang pemandu teksi, Selamat Bin Johan (Izzue Islam) yang terpaksa memberikan komitmen terhadap kerjaya yang tidak menentu serta kehidupan berumahtangga bersama dua orang isteri iaitu Bibi (Jihan Muse) isteri pertama yang tinggal di Kampung Baru dan Bibi (Nad Zainal) isteri kedua yang tinggal di Keramat.

Masing-masing tidak mengetahui bahawa mereka telah dimadukan dan Selamat harus pandai membahagikan masa tertentu untuk bersama isteri-isterinya.

Selamat secara tidak langsung telah terlibat dalam satu insiden yang mengalutkan keaadannya sehingga terpaksa meminta bantuan Adam(Karl Shafek), seorang pemuda, yang juga jirannya untuk bersemuka dengan pihak polis, wartawan dan kedua-dua isterinya.

Disinilah bermulanya segala kekalutan dan kekusutan  dalam hidup selamat. Teater ini karya terbaru daripada Muhammad Azhar Zainal dibarisi oleh pelakon-pelakon seperti Izzue Islam, Jihan Muse, Nad Zainal, Karl Shafek, Sofian Bujang, Fazleena Hishamuddin dan Nasz Sally.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top