Pelakon Cory Monteith yang baru berusia 31 tahun telah ditemui mati di bilik hotel Vancouver’s Fairmont Pacific Rim,Canada tengahari Sabtu. Mayatnya ditemui petugas hotel setelah pelakon muda berbakat itu gagal untuk check out seperti yang sepatutnya.

Polis percaya Cory berseorangan ketika meninggal dunia dan tidak ada unsur khianat berlaku walaupun beberapa hari sebelum itu, Cory bersama beberapa teman di dalam bilik hotel.


Cory mempunyai rekod keluar masuk pusat rehabilasi kerana masalah penyalahgunaan dadah.

Cory telah berlakon dalam Glee sebagai watak Finn Hudson sejak episod pertama rancangan itu pada tahun 2009.

Kematian Cory telah mengejutkan ramai pihak termasuk kawan artis.

Taylor Swift telah meluahkan kesedihannya dalam Twitter: "Speechless. And for the worst reason."

Satu bedah siasat akan dijalankan pada hari Isnin dan pihak koroner akan menentukan punca kematian.


0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top