Tahniah HaHa atau nama sebenarnya Ha Dong Hoon kerana sudah bergelar seorang ayah!

Bayi lelaki yang dinamakan sebagai Dream itu dilahirkan pada pagi Selasa, 9 Julai 2013 dan berita gembira itu dikongsi bersama peminat menerusi akaun twitter (@Quanninomarley) peribadi milik penyanyi dan pengacara itu.

Status tersebut yang telah diterjemah ke Bahasa Inggeris berbunyi;

"GLORY TO GOD, THE FATHER ~ I LOVE YOU!! AND MORE THAN ANYTHING ELSE.. MY WIFE GO EUN.. THE TINY BABY IS CRYING SO MUCH.. YOU DON'T KNOW HOW MUCH I WAS BROUGHT TO TEARS BY HER COURAGE.. GO EUN AH.. THANK YOU.. I LOVE YOU.."

HaHa yang begitu teruja dengan kehadiran putera sulungnya itu berkata dia sama-sekali tidak menyangka anaknya itu akan lahir pada hari tersebut kerana, secara kebetulan dia memang telah membatalkan beberapa aktiviti dan menganggap ia adalah takdir tuhan.

Pasangan Ha Dong Hoon (HaHa) dan Kim Go Eun (Byul) telah berkahwin  pada 30 November  tahun lepas.

Tahniah buat HaHa dan Byul.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top