Rancangan Hari Raya Astro Ria 2013

Antara program-program yang telah diatur di sepanjang bulan Syawal nanti adalah :

[Hiburan] Raya Dam Dam Dum Pak Nil!
Siaran Langsung, Rabu, 7 Ogos 2013, 9.00 malam
Durasi: 90 minit x 1 episod
Siaran Serentak: Maya HD (Saluran 135)
Barisan selebriti: Aznil Haji Nawawi

Buat pertama kalinya, Aznil Haji Nawawi meraikan malam Raya di Astro Ria! Bersiaran secara langsung dari rumahnya sendiri, rancangan ini bakal memaparkan persiapan Hari Raya Aznil dan keluarga. Turut dijemput untuk memeriahkan suanana adalah barisan selebriti yang turut berkongsi pengalaman berhari raya masing-masing. Juga memaparkan ucapan-ucapan hari raya menerusi media sosial, Instagram, Youtube & Keek daripada artis dan peminat.



[Telefilem] Opah Raya Stail!
Khamis, 8 Ogos 2013, 10.00 pagi
Durasi: 120 minit x 1 episod
Siaran serentak: Maya HD (Saluran 135)
Barisan Pelakon: Noryati Taib, Karl Shafek, Os
Kisah Meon menetap bersama neneknya, Opah (Nek Yon) yang mempunyai masalah pendengaran, di bandaraya Kuala Lumpur. Selama ini, dia sibuk dengan kerja dan menggunakan alasan itu untuk tidak pulang ke kampung ketika musim raya. Namun, pada tahun ini, Nek Yon sudah memberikan kata putus, bahawa mereka harus pulang ke kampung. Nek Yon menggunakan alasan rindukan anak perempuannya, walaupun alasan sebenarnya ialah untuk bertemu dengan ‘kekasih lama’ di zaman remajanya, Tuk Tam, yang khabarnya, baru saja pulang ke tanahair selepas lama ‘menghilangkan diri’.

[Muzikal] Raya Nora Jambu
Khamis, 8 Ogos 2013, 12.00 tengah hari
Durasi: 60 minit x 1 episod
Siaran serentak: Maya HD (Saluran 135)
Barisan Pelakon: Tauke Jambu, Yus Jambu, Nora Danish, Zahiril Adzim
Nora adalah seorang gadis kampung yang bekerja sebagai cikgu di Sarawak. Seperti biasa setiap tahun dia akan pulang ke kampung menemani maknya menyambut Ramadan dan Aidilfitri. Ayahnya telah lama meninggal dunia. Bila dia sampai ke kampung, semua jejaka kecoh dan seperti biasa yang bujang berusaha hendak memikat hati nora. Memandangkan maknya sudah semakin tua, Nora bercadang untuk berkahwin pada tahun ini juga, jadi dia mempunyai idea untuk membuat pertandingan memilih calon suami. Disitulah bermula segala lawak dan aksi belia-belia kampung yang berusaha memenangi hati Nora.

[Realiti] Romantika Raya 2
Khamis, 8 Ogos 2013, 1.00 petang
Durasi: 30 minit x 4 episod
Siaran serentak: Maya HD (Saluran 135)
Barisan Artis: Aaron Aziz & Diyana Halik, Amy Search & Isteri, Izzue Islam & Isteri, Ning Baizura
Romantika Raya kembali dalam musim kedua, menyingkap detik-detik romantis percintaan selebriti-selebriti terkenal tanahair dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri, serta memaparkan destinasi-destinasi percutian romantis. Turut memaparkan persiapan mereka menyambut lebaran bersama keluarga yang tercinta.

[Realiti] Raya Sampai Pengsan!
Khamis, 8 Ogos 2013, 1.30 petang
Durasi: 30 minit x 10 episod
Siaran serentak: Maya HD (Saluran 135)
Barisan Artis: Aaron Aziz, Nadiya Nisaa’, Randy Pangalila, Marsha, Que Haidar, Johan, AC Mizal, Maya Karin, Elfira Loy, Izzue Islam, Fizz Fairuz, Fauziah Latiff, Saiful Apek, Shuib, Dato’ Jalaluddin Hassan, Didie Alias, Nabil, Sofi Jikan, Hairul Azreen, Arja Lee, Zizan dan Kaka.
“Raya Sampai Pengsan” merupakan sebuah program 30 minit yang menampilkan selebriti popular membuat pelbagai kejutan kepada peminat mereka dalam keadaan yang tidak di jangka. Siapakah yang bakal terkena pada Hari Raya ini.

[Hiburan] Kaunter Kaboom Raya!
Khamis, 8 Ogos 2013, 3.00 petang
Durasi: 30 minit x 1 episod
Barisan Artis: AC Mizal, Atu Zero, Ropie, Nadia Mustaffa, Azwan Ali, Eida Moin, Abang K
Rancangan permainan popular kini kembali menggegarkan Aidilfitri ini bersama barisan selebriti-selebriti yang kelakar dan melatah. Selebriti-selebriti bakal menyertai permainan-permainan yang melucukan serta kejutan yang bakal memeriahkan hari raya anda. Turut menampilkan persembahan-persembahan eksklusif daripada artis-artis jemputan.

[Telefilem] Sehari Sebelum Raya
Jumaat, 9 Ogos 2013, 10.00 pagi
Durasi: 120 minit x 1 episod
Siaran serentak: Maya HD (Saluran 135)
Barisan pelakon: Yasin, Siti Chubby,
Kisah pengorbanan seorang ayah, Pak Salih yang cuba menunaikan hajat anak perempuannya Mimi yang teringinkan hidangan rendang ayam hutan pada hari raya nanti. Mimi yang bekerja di Kuala Lumpur merupakan anak tunggal dan Pak Salih sangat sayang akan anaknya sehinga sanggup lakukan apa sahaja demi Mimi. Pelbagai kesukaran telah dilalui oleh Pak Salih untuk mendapatkan ayam hutan tersebut termasuklah ditipu oleh Bad dan Usup .

Pak Salih akhirnya telah Berjaya mendapatkan ayam hutan itu tetapi malangnya Mimie menelefonya dan memberitahu bahawa dia ingin memakan  rendang daging pelanduk pula pada hari raya nanti . Dapatkah Pak Salih mencari pelanduk pada pagi hari raya itu?

[Realiti] Syawal Sehangat Bintang
Jumaat, 9 Ogos 2013, 12.00 tengah hari
Durasi: 60 minit x 1 episod
Siaran serentak: Maya HD (Saluran 135)
Barisan selebriti: Najip Ali, Michael Ang, Azwan Ali, Che Lah, Kenchana Devi, Izyan, Ammar
Bersama hos Najip Ali, selebriti-selebriti MasterChef Malaysia berhadapan dengan satu cabaran memasak istimewa bersempena Hari Raya Aidilfitiri ini. Dikehandaki untuk menyediakan juadah serta hidangan untuk jamuan anak-anak yatim, dapur MasterChef bakal kembali hangat dengan pelbagai aksi serta telatah yang lucu serta mendebarkan. Turut menampilkan peserta-peserta MasterChef Malaysia dari musim pertama dan kedua.

[Telefilem] Bongkah Bahulu Angkasa Raya
Sabtu, 10 Ogos 2013, 10.00 pagi
Durasi: 120 minit x 1 episod
Siaran serentak: Maya HD (Saluran 135)
Barisan pelakon: Tauke Jambu, Yus Jambu, Chacha Maembong
Kisah seorang Profesor  bernama Zarif yang merupakan seorang duda dan bekas pensyarah eccentric yang sudah berhenti kerja apabila teori dan kajiannya tentang pengembaraan masa (time travelling) diperkotak-katikkan oleh pihak universiti. Profesor Zarif mempunyai seorang anak perempuan yang bernama Zaiton, seorang pembuat kuih dan kek.

Sempena menyambut hari lebaran, Zaiton telah meminta bantuan dan menggaji mereka untuk membuat kuih raya. Mohsin dan Amli pula merupakan jiran mereka yang tiada pekerjaan tetap. Ketika menjalankan tugas mereka, Mohsin telah tersalah ambil sebuah bongkah bahulu yang sebenarnya merupakan bahan kajian teleportasi Profesor Zarif. Selepas tertekan beberapa punat aneh di atas bongkah itu, mereka semua telah dipindahkan ke sebuah planet asing secara tidak sengaja. Apa akan terjadi selepas tertekan dengan punat tersebut?

[Hiburan] MeleTOP Raya
Sabtu, 10 Ogos 2013, 12.00 tengah hari
Durasi: 60 minit x 2 episod
Siaran serentak: Maya HD (Saluran 135)
Selebriti: Nabil, Neelofa
Nabil dan Neelofa kembali di Hari Raya ini dalam MeleTOP Raya, dengan segmen-segmen khas bersama selebriti-selebriti terkenal tanahair, yang menjanjikan hiburan yang bakal menjadikan lebaran anda MeleTOP!

[Telefilem] Jihan Tak Nak Balik Raya
Ahad, 11 Ogos 2013, 10.00 pagi
Durasi: 120 minit x 1 episod
Siaran serentak: Maya HD (Saluran 135)
Barisan pelakon: Jihan Raja Lawak
Jihan, seorang wanita bekerjaya yang sangat benci akan Hari Raya terutamanya kerana dia masih belum berumahtangga walaupun sudah berumur 27 tahun. Memasak, melawat saudara-mara, beramah mesra bersama saudara, tangisan bayi dan kanak-kanak yang meminta duit raya. Dia juga bencikan riuh rendah dan bunyi bunga api.

Kebenciannya bertambah semenjak dia putus tunang dan membuat keputusan untuk bercuti ke pulau pada raya kali ini dan dia menyuruh setiausahanya membuat tempahan di Avillion Hotel, malangnya apabila tiba di hotel tersebut, semua bilik telah ditempah. Dia akhirnya mengetahui yang pembantunya telah menempah sebuah homestay dengan nama yang sama. Oleh kerana tiada tempat untuk dituju, Jihan membuat keputusan untuk memandu ke Homestay tersebut dan segala-galanya mula kucar kacir.

[Telefilem] Besan Besanku Gangster
Isnin, 12 Ogos 2013, 10.00 pagi
Durasi: 120 minit x 1 episod
Siaran serentak: Maya HD (Saluran 135)
Artis: Kak Ros, Rosnah Mat Aris, Fida
Mengisahkan Hana yang mengambil keputusan untuk membawa Hairi dan ibu bapanya pulang beraya ke kampung Hana pada tahun ini. Tetapi apa yang terjadi sebaliknya apabila ibu bapa Hana berjumpa ibu bapa Hairi terjadi la pertengkaran yang disebabkan kisah mereka semasa zaman muda dahulu.

Mak Jah , ibu Hana dan Puan Saleha ibu Hairi melancarkan perang kerana mahu mempertahankan suami masing masing . Sebelum menjelangnya Hari Raya , pelbagai hal berlaku sehingga memeningkan kepala Hairi dan Hana. Dalam keadaan yang tegang itu , Ramli telah mengambil peluang ini untuk melaga lagakan Mak Jah dan Puan Saleha . Akhir terjadi satu insiden di mana suami mereka Pak Halim dan En Zaini telah pergi memancing di laut. Apa yang akan terjadi di akhir peristiwa kedua-dua keluarga ini?

[Telefilem] Hantu Telur
Isnin, 17 Ogos 2013, 10.00 malam
Durasi: 120 minit x 1 episod
Siaran serentak: Maya HD (Saluran 135)
Artis: Johan Raja Lawak, Didie Alias, Michael Ang, Amiza Aznan, Ozlyn Wati.
Mengisahkan tentang Ozi, seorang Anak Dara Tua yang baru putus cinta dengan kekasihnya, Rizal seorang pemain bola. Suatu hari, dia berjalan dan berjumpa dengan sebiji telur yang berwarna pink. Dia mengutipnya dan membawa telur itu pulang ke rumah.

Sedang Ozi nyenyak tidur, telur itu menetas dan menjelma hantu Jon-jon. Demi melepas dirinya dirinya dari menjadi hamba Ozi, Dia boleh menukar Ozi menjadi orang yang Ozi mahukan, namun syaratnya orang tersebut haruslah orang yang Ozi kenali. Namun permintaan ini ada limitnya. Ozi hanya boleh bertukar selama 5 kali. Pelbagai kisah lucu berlaku dalam usaha jon jon melepaskan diri dari menjadi hamba Ozi. 

[Telefilem] Janin Emas (Ko-Mun- Thong)
Isnin, 18 Ogos 2013, 10.00 malam
Durasi: 120 minit x 1 episod
Siaran serentak: Maya HD (Saluran 135)
Artis: Erin Malek, Amar Asyraf, Adik Puteri Balqish
Alia bersama suaminya Amran dan anak perempuan mereka Dania (7 tahun) baru berpindah ke sebuah rumah baru. Mereka merupakan sebuah keluarga yang bahagia sehinggalah Dania menemui Topeng Raja Ravana dari bilik stor. Pelbagai benda mula berlaku terhadap mereka sekeluarga. Sifat Dania juga mula berubah. Alia juga mengalami beberapa perkara yang pelik.

Alia merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan rumah tersebut mengajak Amran pindah. Setelah berpindah ke rumah baru, segalanya kembali normal sehinggalah Dania tiba-tiba pengsan dan koma. Doktor tidak dapat mengesan apa-apa akhirnya menyarankan agar Alia dan Amran mendapatkan rawatan alternatif. Mereka bertemu dengan seorang wanita cina yang mampu untuk membantu mereka dan akhirnya Alia membongkarkan rahsia yang dia simpan selama ini dari pengetahuan Amran.

Jadi jangan lepaskan peluang untuk terus menikmati program-program hebat di Astro Ria (104) bersama seisi keluarga sepanjang bulan Syawal dan tidak lupa juga saluran-saluran baru yang bakal membawakan lebih banyak program-program menarik khas di musim perayaan.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top