Beberapa artis telah mencuba nasib dalam ujibakat AF2013 yang telah diadakan.

Antaranya bekas peserta rancangan realiti One In A Million, Saiful dan Iz Sulaini, pelakon Arja Lee dan penyanyi Fida Ibrahim yang dikatakan telah mencuba nasib di tempat ujibajkat yang berbeza.

Bagaimanapun, hanya Iz Sulaini, Arja Lee dan Fida Ibrahim sahaja yang telah disenarai pendek untuk ke pusingan seterusnya sebelum bergelar pelajar di akademi, sementara Saiful kecundang diperingkat awal ujibakat.

Siapa antara tiga selebriti ini yang berjaya menyertai AF2013 bersama peserta-peserta berbakat lain? Sama-sama kita nantikan...

Pencarian bakat baru AF2013 telah diadakan di empat buah negeri bermula awal Jun lepas, di Johor Bahru, Pulau Pinang, Sarawak, Sabah dan berakhir di Selangor (Shah Alam).

AF2013 akan menemui para peminatnya di Astro Ria saluran 104 tidak lama lagi…Apa pembaharuan yang akan diperkenalkan? Siapa pengacara AF2013?

Jom kita sama-sama nantikan pembaharuan yang akan dilakukan oleh AF2013!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top