Sinopsis Ramadan Jangan Ambil Nyawaku Ramadan Jangan Ambil Nyawaku mengisahkan Johari yang berjaya dalam dunia korporat hingga meletakkan namanya sebaris dengan tokoh korporat terkenal lain.

Kerana diulit kemewahan jugalah menyebabkan Johari tak tahan dengan perkahwinannya dan bercerai. Sebagai duda kaya dan berpangkat, Johari menjadi rebutan ramai wanita.

Sinopsis Ramadan Jangan Ambil Nyawaku

Namun satu hari, semua kemewahan, semua kenikmatan duniawi itu bagaikan terbang menghilang bila Johari disahkan hanya mampu hidup selama dua bulan saja lagi kerana tumor otak peringkat kritikal.

Hanya pemandu dan pembantu rumahnya, Sudin dan isterinya, Liza membantu Johari. Kawan Johari, Rizal menggalakkan agar Johari habiskan masanya dengan menikmati syurga dunia sementara masih berbaki sisa hidupnya.

Sudin pula menasihatkan agar bertaubat tapi kena marah semula. Johari yang tak terurus mula mimpi dia dikafankan dan kedatangan orang tua berjubah serta ibunya, Mariam. Johari mencari Mariam di kampung.

Kedatangan Johari melutut padanya membuatkan Mariam pilu. Mariam pada mulanya tak dapat menerima Johari, namun atas nasihat anak angkatnya, Lili, Mariam akhirnya mengampunkan Johari.

Johari mula menyesal kerana melarang bekas isterinya dulu ingin mengandung. Jika tidak, pasti dia sudah punya zuriat untuk mewarisi segala hartanya. Mariam nasihatkan Johari bertaubat nasuha dan mencadangkan agar Johari berkahwin segera untuk mendapatkan waris.

Akhirnya Johari bertaubat dengan bimbingan Ustaz Fadhil. Johari sudah mula berjinak-jinak dengan masjid, tambah lagi bulan penuh keberkatan itulah masa yang paling sesuai untuk bertaubat. Satu hari, Johari menyuarakan hasratnya untuk bernikah dan cuba menghasilkan zuriat.

Johari memilih Lili untuk melahirkan zuriat bersamanya kerana rasa terhutang budi dengan Lili. Lili tak dapat menolak ketentuanNya dan rayuan Mariam yang mengambilnya dari rumah anak yatim dulu. Lili pasrah dan terpaksa berkorban demi lelaki yang baru dikenalinya, Johari.

Nyata, Johari tak pernah sebahagia itu. Dibelai wanita selembut Lili dan sentiasa tenang sujud dan beribadat dalam suasana aman. Lili mula cintakan Johari.

Johari kemudian membawa Lili dan emaknya balik ke Kuala Lumpur. Keesokannya, selesai pemeriksaan, doktor meminta maaf kepada Johari. Lili mengenggam tangan Johari beri kekuatan kepada Johari yang lemah menanti keputusan doktor.

Apakah yang ingin diumumkan oleh doktor? Masihkah ada ruang keinsafan kedua buat Johari? Sama-sama kita nantikan drama 'Ramadan Jangan Ambil Nyawaku' pada 19 Julai 2013, jam 10.30 pagi mengisi slot Nurani di TV1.

Drama 'Ramadan Jangan Ambil Nyawaku' menampilkan lakonan berkesan Amar Baharin, Tasha Shila, Fadilah Mansor, Khairil Anwar, Allana Amir dan Afiq Hussain bakal menemui penonton pada 19 Julai ini, jam 10.30 pagi mengisi slot Nurani di TV1.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top