Superhero seperti Spiderman, Batman dan Superman sering menyembunyikan identiti sebenar mereka daripada pengetahuan orang ramai.

Begitu juga superhero Superboy yang sentiasa menggunakan topeng muka untuk mengelak identitinya daripada diketahui ramai. Menyusuli My Girl, saksikan pula drama bersiri terbaru dari Indonesia iaitu Superboy setiap Selasa hingga Khamis, jam 10 pagi.

Drama bersiri 50 episod ini mengisahkan kehidupan seorang lelaki bernama Boy yang bekerja sebagai pembantu rumah di rumah kakak tirinya demi mendapatkan tempat tinggal untuk adiknya yang sakit. Walaupun Boy bekerja sebagai pembantu rumah, namun kakak tirinya tidak pernah membayar upah mahupun memberi makanan kepadanya.

Boy seorang superhero

Meskipun di mata semua orang Boy hanyalah seorang pembantu rumah, hakikatnya Boy menyimpan satu rahsia yang mengenai dirinya. Rupa-rupanya Boy ialah seorang superhero. Jika pada waktu siang Boy bekerja sebagai pembantu rumah, tetapi apabila malam menjelma Boy bertindak membanteras kejahatan di ibu kota.

Dengan menggelarkan dirinya sebagai Superboy, mampukah Boy menghapuskan kejahatan di negaranya? Sementara itu dapatkah Boy menyelamatkan adiknya yang sakit?

Jangan lupa untuk menyaksikan drama bersiri terbaru di TV3, Superboy yang membariskan pelakon handalan Indonesia seperti Julia Perez, Hengky Kurniawan, Muhammad Fardhan, Lolita Putri, Raynold Surbakti, Lucky Hakim dan Larasati Nugroho setiap Selasa hingga Khamis, jam 10 pagi hingga 11.00 pagi, mulai 18 April ini.

Bermula 12 Jun, drama bersiri ini akan bersiaran pada Rabu dan Khamis, jam 10 pagi hingga 11 pagi.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top