Jung Hwa kahwini komposer

Aktres Kim Jung Hwa mengumumkan akan melangsungkan perkahwinan dengan komposer Yoo Eun Sung pada September depan. Difahamkan, keluarga mereka sudah bertemu dan berbincang untuk menetapkan tarikh dan tempat sesuai.

Agensi mewakili aktres itu, Salt Entertainment mengesahkan Kim Jung Hwa dan komposer yang juga Presiden CCM (Muzik Kontemporari Kristian), Yoo Eng Sung akan berkahwin.


Bagaimanapun tarikh dan tempat belum ditentukan lagi kerana masih dibincangkan keluarga masing-masing.

Pasangan romantik itu bertemu ketika menjalani program kebajikan untuk organisasi antarabangsa membantu mangsa kebuluran dan cinta mereka mula berputik tahun lalu.

Yoo Eun Sung yang enam tahun lebih berusia dari Jung Hwa, pernah mencipta lagu Goodbye! Agnes untuk buku karya Kim Jung Hwa pada November lalu.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top