Edry KRU menafikan gossip yang mengatakan kononnya dia telah melakukan suntikan botoks pada wajahnya supaya kelihatan lebih muda dan tampan.

Edry, 37, berkata, gosip berkenaan langsung tidak mempunyai asas yang kukuh dan dia enggan melayan cerita tidak benar tentangnya yang hebat diperkatakan di Internet berhubung hal itu.

"Jika benar saya buat sebarang perubahan pada wajah sudah tentu kini saya kelihatan seperti Brad Pitt dan Yusry tidak lagi menjadi anggota KRU yang paling kacak.

"Khabar angin itu sama sekali tidak benar dan saya tidak akan melayan cerita yang tidak masuk akal seperti itu," jelasnya.



Tambah Edry, dia tidak akan berselindung sekiranya benar dia melakukan perubahan pada wajahnya.
Edry menganggap cerita yang mengatakan dia menggunakan botox adalah tidak masuk akal.

Malah kata Edry dia hanya ketawa apabila cerita kurang enak itu sampai ke pengetahuannya.

"Jika benar saya lakukan sebarang perubahan pada wajah, saya sendiri akan dedahkan perkara itu kepada umum dan tiada apa yang perlu saya sorokkan," katanya.

Dalam pada itu, Edry berkata, perubahan pada wajahnya mungkin disebabkan oleh faktor dia aktif bersenam sebagai rutin harian hingga susuk tubuh dan wajahnya kelihatan berbeza.

Tambah Edry, kekerapannya mengubah gaya rambut dengan pelbagai fesyen turut membuatkan dia kelihatan berbeza pada pandangan mata masyarakat.

"Saya tidak rasa ada apa-apa perubahan pada wajah saya kerana jika buat perbandingan dengan gambar lama dan terkini tiada beza tapi ada orang kata saya nampak lebih muda mungkin kerana gaya rambut yang sentiasa berbeza dan kesan senaman konsisten yang saya lakukan," katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top