Enot Enggan Ulas Isu Cerai Kerana Masih Terluka
Pelakon dan pelawak, Enot atau nama sebenarnya Alliza Abdullah telah membuat permohonan cerai dengan suaminya di Pejabat Agama Kajang pada awal Mac lalu.
Namun kes perceraiannya itu telah tertangguh sebanyak 2 kali berikutan suaminya, Zainul Abidin Mat Noor, 42, tidak dapat menghadirkan diri ke mahkamah.
Enot belum bersedia untuk mengulas mengenai kisah perceraiannya kerana akui masih terluka.
"Buat masa sekarang, saya tidak mahu mengulas apa-apa.
"Saya hanya mintak ruang untuk diri saya supaya dapat perjelaskan segalanya lepas itu baru saya boleh menceritakannya.
"Yelah, sebagai seorang perempauan kita akan rasa kecewa dan kesakitan yang amat sangat bila berada di dalam keadaan begini.Saya nak buang dulu rasa negatif itu supaya dapat bercakap secara normal dan rasional baru saya bersedia bercakap," katanya.
Enot mempunyai dua anak hasil pernikahan pertamanya, Andriana Balqis, 12 tahun dan Ariana Qaseh Qistina, 6 tahun.
Mengulas lanjut mengenai peracangan hidupnya, Enot memberitahu dia mahu menumpukan sepenuhnya kepada anak-anaknya serta kerjayanya.
"Saya hanya terima apa jua keputusan yang dibuat oleh mahkamah nanti.
"Buat masa sekarang saya tidak mampu untuk mengulas status saya lagi kerana ini merupakan perkahwinan saya yang kedua
"Alhamdulilah, anak-anak semua dengan saya.
"Saya mahu menjaga sendiri anak-anak saya yang kini sedang membesar.
"Saya harap saya boleh menyara mereka dengan meneruskan kerjaya saya dalam bidang seni ini," jelasnya lagi.
Enot menyertai MasterChef Selebirti 2 bersama 18 orang selebriti lain termasuk Rozita Che Wan, Zain Saidin, Norish Karman, Syura, Kenchana Devi, Sharifah Shahora dan ramai lagi.
MasterChef Selebriti 2 bakal bersiaran di Astro Ria jam 9 malam bermula 20 April ini.
0 ulasan:
Catat Ulasan