Yuna - Aizat duet Lagu DwiHati
 
Selain dilantik menjadi duta media sosial Malaysia Airlines, terdapat satu lagi khabar mengenai bintang yang kian bersinar ini iaitu Yuna. Kepulangannya kali ini juga dikatakan bersangkut-paut dengan sebuah projek terbaru bersama teman baiknya, Aizat Amdan.

Priojek tersebut bakal menampilkan Yuna sebagai featuring artist untuk single baru Aizat Amdan yang diberi judul DwiHati. Teaser lagu tersebut telah dimuatnaikkan Aizat di dalam SoundCloud pada pertengahan April lalu, iaitu platform secara online yang diwujudkan khusus buat penggiat muzik terutamanya mereka yang berkongsi karya-karya mereka kepada pihak umum.


Di Instagram milik Aizat pula dia ada berkongsi beberapa gambar hasil daripada penggambaran video klip untuk lagu DwiHati tersebut. Penggambaran tersebut telah pun dijayakan pada minggu lalu.

Namun,belum dapat dipastikan bila lagu DwiHati ini akan menemui peminat muzik tempatan.

Lirik Lagu DwiHati - Yuna / Aizat

Dirimu bagaikan
Sebuah lukisan
Penuh warna
Penuh seni
Tak layak ku miliki

Jangan kau berpura
Engkau juga sama
Membuat aku rasa tenang
Hatiku kau miliki

Dengarkan gurindam
Inilah lagu cintaku padamu
Andainya
Ku hilang
Biarlah lagu ku jadi temanmu

Diantara kita
Suka sama suka
Aku pasti kau punya hati
Ingin bersama jua

Oooo

Tidak semestinya
Semua cerita cinta
Kan berakhir sesempurna
Seperti kita impikan

Dengarkan gurindam
Inilah lagu cintaku padamu
Andainya
Ku hilang
Biarlah lagu ku jadi temanmu

La la la la
La la la la

Lagu: Anas
Lirik: Anas, Aizat & Noh Salleh
Gubahan: Anas, Aizat & Yuna
Artis: Aizat Amdan ft. Yuna

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top