Pelakon Memey Suhaiza masih belum bersedia untuk memakai tudung walaupun tampil membuat kemunculan dengan imej berkenaan di khalayak pada Ahad lalu.

Memey atau nama sebenarnya Suhaiza Suhaimi, 25, berkata, buat masa ini dia dalam proses percubaan untuk memakai tudung dan mahu perubahan itu datang secara semula jadi tanpa paksaan sesiapa.

“Saya baru mula memakai tudung pada Ahad lalu tetapi belum sepenuhnya dan biarlah ia terjadi secara perlahan-lahan. Saya harap peminat mendoakan perkara yang baik untuk saya,” jelasnya .


Memey mengulas mengenai gambarnya yang bertudung litup ketika hadir pada hari sukan anak tirinya, Mohamed Danish Hakim, 9 yang dimuat naik ke laman Instagram miliknya.

Turut hadir ke majlis berkenaan suaminya, Norman Hakim dan bekas isteri, Abby Abadi.

Selain Mohamad Danish Hakim Memey turut mempunyai dua orang lagi anak tiri iaitu Marissa Dania Hakim,6, dan Maria Danisha Hakim yang berusia tiga tahun.

Memey (kiri) tampil memakai tudung ketika hadir pada hari sukan anak tirinya, Mohd Danish Hakim bersama suaminya, Norman Hakim. Turut hadir bekas isteri Norman, Abby Abadi.

Dalam pada itu, Memey berkata, perasaan untuk mengenakan tudung tiba-tiba muncul pada hari tersebut walaupun pada mulanya dia hanya mengenakan topi bagi menutup rambutnya.

Malah kata Memey, Norman dan Abby juga turut menyokong dan memberi kata-kata semangat dengan hajatnya itu namun mereka tidak memaksanya untuk terus memakai tudung.

“Saya sudah bersiap-siap untuk keluar dan memakai topi tapi tiba-tiba tergerak hati untuk memakai tudung pada hari berkenaan.

“Suami suka namun dia memberi ruang kepada saya untuk buat keputusan sendiri kerana perkara ini bukan boleh dipaksa-paksa sebaliknya biarlah ia datang daripada kesedaran diri sendiri.

“Insya-Allah doakan yang terbaik buat diri saya supaya terus memakai tudung selepas ini,” katanya.

Tambah Memey, dia sedar akan ada pihak menilai dan mempertikaikan tindakannya tidak memakai tudung secara kekal namun menganggap ia sebagai salah satu proses penghijrahannya ke arah kebaikan.


0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top