Sinopsis Kecoh! Hantu Raya Tok Chai

Kecoh! Hantu Raya Tok Chai mengisahkan keadaan di sebuah daerah kecil, seorang lelaki, Tok Chai yang hidupnya dibela dan dijaga olen Hantu Raya. Kehidupannya senang lenang atas kegiatan Hantu Raya.

Cerita bermula apabila Tok Chai meninggal dunia dan meninggalkan hantu rayanya. Sayang kepada tuan yang membelanya, Hantu Raya menghalang orang kampung untuk mengebumikan jenazah Tok Chai kerana sekiranya Tok Chai dikebumikan, maka tamatlah riwayatnya.

Sinopsis Kecoh! Hantu Raya Tok Chai

Kebijaksanaan Tok Iman berjaya membuatkan Ebby, Korperal Lisa dan Tok Penghulu untuk mengebumikan jenazah Tok Chai sebelum subuh. Peristiwa kematian Tok Chai juga membawa kepada pertemuan semula Ebby dan Lisa yang terputus hubungan kerana tentangan keluarga.

---

Filem komedi seram, Kecoh! Hantu Raya Tok Chai menjadi pertaruhan pertama pengarahnya, Opie Zami dalam menggarap sebuah filem cereka. Menerusi sentuhannya ini, Opie yang sebelum ini lebih dikenali sebagai pelawak atau pelakon komedi, cuba lari daripada kebiasaan filem seram tempatan yang ditayangkan sebelum ini apabila tidak menjadikan hantu sebagai subjek utama sebaliknya cukup dengan lakonan Sobri sebagai Tok Chai yang meninggal dunia dan bangkit sebagai hantu raya untuk menghuru harakan kampung.


Biarpun kali pertama mengarah filem, Opie dilihat bijak untuk menaikkan perasaan penonton untuk mengetahui lebih lanjut jalan ceritanya hingga akhir.

Walaupun pada permulaan cerita sedikit mendatar dan dialog meleret, di pertengahan cerita menuju ke kemuncak naratifnya membuatkan penonton menantikan apa yang akan berlaku selepas itu dan juga penamat filem ini.

Begitu juga visual filem ini yang mana tidak terlalu sarat dan kompleks untuk penonton mengikuti jalan ceritanya. Selain itu juga kesan bunyi khas berjaya untuk menaikkan emosi dan mood penonton terhadap sebuah filem komedi seram.

Dalam mengetengahkan genre komedi seram, Opie tidak terlalu saratkan dengan babak komedi yang keterlaluan walaupun dibantu barisan pelakon komedi seperti Saiful Apek, Sathiya, Azrul Raja Lawak dan Amir Raja Lawak, namun menjadikan filem ini lebih warna warni dengan gelagat mereka apabila wujudnya huru hara di kampung.

Gandingan Saiful Apek dan Intan Ladyana yang menjadi tonggak utama cerita filem ini dilihat tidak mampu mewujudkan keserasian di layar perak. Mungkin disebabkan tuntutan watak, Saiful Apek sebagai Ebby dilihat lebih bersahaja dalam lakonannya tanpa adanya lawak-lawak komedi yang dinantikan penonton.

Namun dengan kawalan terhadap komedi dan lawak terhadap watak Ebby menjadikan wataknya itu tidak keterlaluan. Begitu juga Intan sebagai Koperal Lisa yang mana tidak diterokai lebih mendalam bagi membawa watak sebagai anggota polis.

Filem ini juga menjadi penampilan terakhir pelakon seniman Allahyarham Kuswadinata dalam menghidupkan watak sebagai Imam.

Suatu yang mungkin jarang dilakukan pengarah filem di Malaysia adalah mengetengahkan perjalanan cerita dalam satu malam saja. Filem ini menjalani penggambaran lebih 90 peratus dilakukan pada waktu malam di Lenggong, Perak. Mengambil kira lokasi penggambaran filem ini di kawasan kampung yang mana kepercayaan karut masih lagi menebal dalam pemikiran penduduk, ia berjaya menaikkan mood filem ini dengan suasa na aga k kelam dan menyeramkan.


Filem: Kecoh! Hantu Raya Tok Chai
Pengarah: Opie Zami
Pelakon: Saiful Apek, Intan Ladyana, Mohd Sobri Anuar, Lily Zarina (Baby Erin), Azrul Charm, Amir Raja Lawak dan Kuswadinata
Penerbit: 3Line Media Sdn Bhd
Genre: Komedi Seram
Tayangan: Mulai 18 April 2013


0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top