Bermula dengan saling meminati, akhirnya terjadi ikatan dua hati. Awak mesti tahu kita nak cerita mengenai Tasha Shila dan pemain bola sepak negara, Mahali Jasuli.
Kita masih ingat sewaktu majlis sambutan hari jadi Tasha yang dianjurkan kelab peminatnya, Mahali turut diundang kerana sebelum itu kedua-dua mereka dikatakan sering berbalas kenyataan menerusi laman sosial twitter.
Rupanya selepas hampir dua bulan berlalu, hubungan mereka kian akrab dan gambar mesra mereka tersebar di laman sosial.
Sewaktu bertemu Tasha di majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH2012), Ahad lalu kita sempat bertanya hubungannya dengan Mahali. Bagaimanapun, pelakon yang mula mencipta nama menerusi drama Bunga April itu enggan komen panjang.
Katanya, bukan dia tidak mahu berkongsi mengenai hubungannya dengan Mahali tetapi berasakan ia kurang sesuai memandangkan kedua-dua mereka mahu memberi tumpuan kepada kerjaya. Tasha dalam bidang lakonan dan Mahali pula sukan bola sepak.
Hendak buka mulut pun kata Tasha, susah juga memandangkan bimbang kenyataan diberikan akan melukakan hati sesetengah pihak terutama peminat mahupun Mahali sendiri.
Begitupun, tegas Tasha apa yang boleh dikatakan, memang dia berkawan rapat dengan Mahali.
Kita bersetuju juga dengan alasan Tasha, maklumlah hendak cerita panjang pun hubungan mereka masih baru. Kenal pun tak sampai enam bulan. Sekurang-kurangnya berilah masa kepada mereka mengenali hati budi masing-masing.
Mungkin kedua-dua mereka sudah belajar daripada apa yang berlaku membabitkan hubungan antara artis dan pemain bola sepak sebelum ini. Kalau boleh, mereka tidak mahu perkara sama terjadi kepada mereka. Pada kita bagus juga kalau begitu.
Cuma satu perkara yang kita sedar, sejak kenal rapat dengan Tasha, perkembangan kerjaya Mahali sangat memberangsangkan. Adakah sekarang ini Tasha menjadi sumber inspirasi Mahali untuk menjadi pemain bola sepak cemerlang?
Oleh Rudy Shamsudin
Metro Ahad

0 ulasan:
Catat Ulasan