Tahniah Fasha Sandha dan Jejai kerana bergelar menyambut kehadiran orang baru yang comel!
Fasha Sandha telah selamat melahirkan anak sulungnya pagi tadi. Fasha telah melahirkan seorang bayi lelaki jam 9.21 pagi 16 April 2013 di Hospital Prince Court.
Tahniah sekali lagi buat Fasha Sandha dan suami!
"Inilah saat terindah dalam hidup kami berdua dengan menyambut kelahiran anak sulung yang melengkapkan lagi rumah tangga kami. Saya bersyukur dan berterima kasih atas segala doa yang memudahkan proses kelahiran ini," kata aktres terkenal, Nur Fasha Sandha Hassan, 29, ketika mengulas kelahiran buah hati sulungnya, jam 9.21 pagi semalam.
Bayi yang dinamakan Putra Rayfal Ramli Rizal Ashram lahir melalui pembedahan di Pusat Perubatan Prince Court, di sini. Fasha yang ditemani suami, ahli perniagaan juga pelumba kereta, Toh Muda Rizal Ashram Ramli itu bagaimanapun tidak mampu mengulas lanjut kerana keadaannya yang masih lemah di hospital. Rizal mengesahkan berita gembira itu dan menyifatkan segala-galanya berjalan lancar.
"Saya bersyukur saat melihat Rayfal sempurna dilahirkan dan isteri juga selamat. Fasha adalah insan paling gembira kerana lama dia menantikan saat memangku anak kami sendiri. Alhamdulillah sejak awal kehamilan lagi, Rayfal adalah bayi yang baik. Mana tidaknya, Fasha tidak punya alah serius dan proses itu begitu mudah," katanya.

0 ulasan:
Catat Ulasan