Malam kemuncak Lantai Cilik, 6 April 2013

Setelah melepasi 13 episod yang menguji kemahiran menari dalam pertandingan peringkat zon hinggalah 12 kumpulan di peringkat nasional, kini tinggal lima kumpulan bakal menunjukkan bakat tari masing-masing dalam Malam Kemuncak Lantai Cilik, 6 April ini.



Menurut Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan Negara (JKKN), Datuk Norliza Rofli, program tersebut merupakan program televisyen pertama di Malaysia yang mengetengahkan pertandingan mencari juara tarian tradisional dan kontemporari di kalangan kanak-kanak sekolah rendah berusia 12 tahun ke bawah.

"Pertandingan yang dilakukan secara berkumpulan ini akan memberi peluang kepada para pelajar menyerlahkan bakat hasil gilapan yang telah mereka pelajari.

"Program ini merupakan kerjasama erat di antara JKKN dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang telah bermula sejak 18 Februari lalu yang telah menyenaraikan 84 kumpulan daripada sekolah terpilih," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top