Konsert Ekstravaganza Jamal Abdillah - P. Ramlee Dalam Kenangan

Konsert ini akan menghimpunkan lagu-lagu P. Ramleebakal di adakan di Istana Budaya di sini dari 30 Mei sehingga 2 Jun depan. Ia menelan kos hampir RM500,000.

Jamal Abdillah sudah memikirkan lapan segmen yang akan ditampilkan yang mana setiap segmen itu mempunyai tema tersendiri.



Antaranya ialah segmen ‘romantis’ yang akan memaparkan lagu-lagu cinta, ‘riwayat ku’ – mengisahkan bagaimana P. Ramnee dilupakan, ‘jenaka’ – menampilkan lagu-lagu mencuit hati dan juga ‘barang yang lepas jangan di kenang’ – paparan klip video menarik dan lucu mengenai Allahyarham.

Tambah Jamal, dia juga sudah bersedia dengan 30 buah lagu yang dijangka segar dalam fikiran peminat bersama 55 pemuzik orkestra di bawah bimbingan Leornad Yeap sebagai pengarah muzik.

Tiket- tiket serendah RM65 hingga RM455 sudah banyak dijual dan ia menandakan sokongan positif daripada penonton.

“Syukur setakat ini penjualan tiket amat menggalakkan dan saya mengharapkan ia akan terus mendapat sambutan hangat daripada orang ramai yang meminati lagu-lagu P.Ramlee,” katanya yang mengakui tidak mendapat penaja bagi menjayakan persembahan berkenaan.

Orang ramai yang ingin menempah tiket konsert Jamal bolehlah melekukkannya dengan melayari www.tiket2u.biz atau hubungi talian 03-41478600

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top