Taylor Swift kecewa kerana tidak memenangi sebarang hadiah pada majlis Anugerah Akademi Muzik Country (ACM) Ahad lalu meskipun mendapat beberapa pencalonan.

Namun, Taylor Swift tidak membenarkan ia mengganggu kehidupannya apabila kembali ke atas pentas 24 jam kemudian selepas acara besar itu untuk membuat satu lagi persembahan secara langsung di Tim McGraw's Superstar Summer Night yang berlangsung di Arena MGM Grand Garden, tempat sama acara ACM itu diadakan,

Seperti persembahannya pada majlis ACM itu, Taylor muncul di pentas bersama Tim dan Keith Urban untuk menyanyikan beberapa lagu.

Taylor mempamerkan gaya persembahannya seperti selalu, menghayunkan mikrofon dan mengangkat tangannya ke atas pada pertunjukan khas dengan beberapa bintang muzik country yang masih berada di Las Vegas selepas majlis ACM itu.



Taylor diramal memenangi anugerah berprestij, `Penghibur Tahun Ini' pada majlis ACM tetapi kalah dengan mengejut kepada Luke Bryan.

Bryan pula tidak dijangka menang memandangkan dia baru saja menceburi dunia muzik country.

Bagaimanapun, dia berjaya membayangi pemenang utama malam itu, Miranda Lambert dan mengalahkan beberapa penyanyi muzik country ternama lain, termasuk Miranda dan suami, Blake Shelton, Jason Aldean dan Taylor sendiri yang sebelum ini pernah memenangi anugerah Penghibur Tahun Ini dua kali berturut-turut.

Miranda pula mencatatkan kemenangan besar pada acara itu, meraih dua anugerah bagi lagu yang dihasilkannya bersama suami, Shelton.

Lagu berkenaan, `Over You,' yang mengisahkan mengenai mendiang abang Shelton, sebelum ini dinobatkan sebagai pemenang pada majlis Anugerah Persatuan Muzik Country November lalu.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top