Sinopsis Sedetik Cinta

Sedetik Cinta mengisahkan pengorbanan seorang adik, Emilia (Hanez Suraya) yang terpaksa berkahwin dengan kekasih kakaknya, Hakimi (Awal Ashaari). Ia bagi menyelamatkan maruah keluarga selepas kakaknya, Alisya (Tunku Hanis), nekad lari dari rumah sehari sebelum majlis pernikahan meretawaran menjadi model antarabangsa.

Walaupun menyintai Fuad, rakan sekolahnya, Emilia terpaksa akur apabila Hakimi bersedia menerimanya sebagai ganti Alisya.

Sedetik Cinta

Tanpa diketahui sesiapa, Hakimi sedia menerima Emilia selepas bapa Emilia, Taufik, bersedia menyerahkan separuh daripada hartanya jika Hakimi sanggup berkahwin dengan Emilia dan berjanji tidak akan menceraikannya.

Bagaimanapun kerana rasa terhina dengan sikap Alisya, Hakimi menjadikan Emilia sebagai tempat dia melepaskan dendam dan marahnya kepada Alisya hingga kehidupan Emilia penuh dengan penderitaan.

Pelakon Sedetik Cinta: Awal Ashaari, Hanez Suraya, Tunku Hanis, Ridzuan Hashim, Khaty Azean, Zulkifli Ismail, Rosnah Johari, Sofian Bujang, Fizz Fairuz, Zarynn Min, Nor Albaniah, Rahim Kidol, Puteri Fatin, Qazem Nor.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top