Zee Bollywood Nite 2012 bakal menggegarkan Pusat Konvensyen Putrajaya (PICC) pada 4 Februari 2012.

Tiket-tiket berharga RM350, RM250, RM165 dan RM 100 boleh didapati mulai sekarang di www.airasiaredtix.com; cawangan-cawangan AirAsiaRedTix serta cawangan-cawangan Rock Corner & Victoria Music.

Juga boleh didapati di Urban Goddess, Semua House (Tel: 03-2691 6040); Sagar Restaurant, Bangsar (Tel: 03-2284 2532).

Potongan sebanyak 20 peratus akan diberikan untuk tiket-tiket yang dibeli sehingga 19 Januari ini.

Sebarang pertanyaan Zee Bollywood Nite 2012 boleh hubungi 03-8775 4666 atau layari www.zeetelevisionasia.com untuk maklumat terkini.

Info Zee Bollywood Nite 2012

Konsert Zee Bollywood Nite 2012 kali ini bakal memukau dengan persembahan artis-artis daripada drama siri dan rancangan realiti Zee.

Bukan itu sahaja, kemunculan penari popular Bollywood, Malaika Arora Khan pasti akan memukau peminat pada malam kemuncak itu.

Malaika merupakan isteri Arbaaz Khan iaitu abang bintang popular Bollywood, Salman Khan.

Bakatnya mula menyinar apabila dia bergandingan dengan aktor popular, Shah Rukh Khan melalui lagu Chaiya Chaiya di dalam filem Dil Se yang begitu popular satu ketika dahulu.

Malah ia turut berada pada carta 10 lagu paling digemari seluruh dunia melalui undian yang dikendalikan oleh BBC Word pada tahun 2003.

Pada tahun 2010, Malaika muncul dalam lagu paling hit Bollywood berjudul Munni Badnaam menerusi filem Dabangg yang dibiayai sendiri oleh suaminya, Arbaaz Khan.

Malah pada Mac tahun lepas, penari jelita itu berjaya dalam percubaan rekod dunia apabila mengetuai seramai 1,235 peserta mempersembahkan tarian untuk lagu Munni Badnaam pada salah satu acara Festival Filem India di Melbourne, Australia.

Selain Malaika, turut menghiburkan peminat di pentas PICC nanti tentunya bintang-bintang daripada Zee antaranya pasangan popular siri drama Ram Milaye Jodi iaitu Sara Khan dan Sujoy.

Tidak ketinggalan Binny Sharma daripada Dance India Dance (rancangan realiti tarian Zee) dan pasangan kanak-kanak comel Vaishnavi serta Ruturaj daripada rancangan realiti tarian kanak-kanak, Dance India Dance Little Masters.

Juga persembahan nyanyian syahdu daripada Abhilasha Chellum, bintang realiti program Zee, SaReGaMaPa Singing Superstars.

Acara pada malam itu akan dihoskan oleh Manish Paul, pemenang anugerah Gold Award 2012 bagi kategori Hos Terbaik India.

Zee Blooywood Nite 2012 menjanjikan santapan hiburan paling sensasi kepada semua peminat setia Bollywood dengan sajian lagu-lagu popular antaranya Chamak Challo dan banyak lagi.

Ia merupakan salah satu program yang dipersembahkan oleh Zee Variasi di Astro (saluran 108).

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top