Surirumah 7 Hari mengisahkan tentang lingkaran hidup seorang anak dara bernama Hayati yang memiliki perwatakan lelaki. Suatu hari ketika Yati leka menaip mesej sambil memandu, dia telah terlanggar seorang kurang upaya yang sedang melintas. Yati cedera di tangan sementara orang kurang upaya itu patah di kaki.
Selepas kejadian itu, Yati dibuang kerja dan lebih malang apabila lesennya pula telah digantung kerana didapati bersalah. Yati mula runsing bagaimana mahu membayar ansuran kereta kesayangannya itu jika dia tidak bekerja. Dalam masa yang sama, Syed Aman datang menemui ibu Yati, Mak Tijah. Aman adalah seorang duda beranak tiga yang telah kematian isteri dan dia amat rapat dengan Mak Tijah kerana ibunya berkawan lama dengan Mak Tijah. Hajat Aman ke rumah Mak Tijah adalah untuk meminta tolong Mak Tijah tinggal di rumahnya selama seminggu untuk menjaga anak-anaknya kerana pembantu rumahnya pulang ke kampung. Aman pula ketika itu terpaksa ke Turki selama seminggu atas urusan perniagaan.
Aman merayu kepada Mak Tijah malah meletakkan bayaran sebanyak RM3,000 untuk seminggu itu. Yati mula memikirkan untuk menerima tawaran itu memandangkan Mak Tijah memang tidak mahu kerana kesiankan Pak Hassan yang tidak sihat. Yati memang memerlukan duit itu untuk membayar duit keretanya. Selama tujuh hari, Yati terpaksa menjaga anak-anak Aman, Danisha, Damia dan Daniel yang bermacam kerenah. Dapatkah dia menghadapi suasana kelam kabut sebagai seorang suri rumah ekspres dan mungkinkah ini dapat mengubah sikapnya untuk menjadi lebih keperempuanan?
Pelakon: Yatt Hamzah, Maimun Talib, Adik Maisarah dan Fahrin Ahmad
0 ulasan:
Catat Ulasan