Dalam album terbaru Yuna, ‘Terukir Di Bintang’,ada yang tertanya-tanya siapakah gerangan lelaki yang turut menyanyi dalam lagu ‘KL Kita’ bukan? Adakah benar ia dinyanyikan oleh Qi atau ia sekadar milik penyanyi latar yang tidak dikenali? Yuna akhirnya mengaku suara itu adalah milik kekasih hatinya, Qi.

Yuna dan kekasih, Qi

“Lagu ‘KL Kita’ itu adalah ciptaan saya bersama Qi, sebab itu saya mahu dia nyanyi bersama-sama. Mula-mula memang Qi tak mahu, tetapi akhirnya dia setuju juga setelah saya desak beberapa kali. Untuk rekod bahagian dia, ambil masa tak lama pun, kira-kira dua jam sahaja,” ujar Yuna.

Album kedua Yuna memuatkan lapan buah lagu kesemuanya iaitu, Terukir Di Bintang, KL Kita, Memo, Sparkle, Photo of You, Coffee, Someone out Of Town dan Fears And Frustration.

Menyentuh tentang persiapannya ke Anugerah Juara Lagu ke 26 (AJL 26), Yuna tanpa berselindung mengakui dia memberi lebih tumpuan kepada lagu ‘Gadis Semasa’ berbanding ‘Penakut’. Ini kerana dia tidak mahu ‘Gadis Semasa’ kedengaran lebih kurang sama dengan persembahan-persembahannya sebelum ini.

“Berbanding ‘Penakut’, ‘Gadis Semasa’ adalah lagu yang sering saya nyanyikan ketika membuat persembahan. Sebab itu, saya beri lebih tumpuan kepada ‘Gadis Semasa’ untuk susunan dan skor muzik. Kalau boleh saya tidak mahu lagu itu kedengaran lebih kurang sama macam yang pernah dipersembahkan sebelum ini. Saya mahu peminat mendengar sesuatu yang berbeza.

Tapi ini bukanlah bermakna saya abaikan ‘Penakut’. Persiapan untuk ‘Penakut’ tetap saya buat. Cuma tidak banyak perubahan dilakukan ke atas lagu ini. Lagipun, saya yakin peminat lebih suka dengan susunan muzik asal ‘Penakut’,” ujar Yuna yang akan menggayakan busana rekaan Syomir Izwa dan Shahril pada malam kemuncak AJL 26 nanti.

Tentang konsep persembahannya pada malam itu, Yuna memberitahu dia memilih sebuah persembahan yang ringkas dengan memberi tumpuan kepada nyanyian dan persembahan muzik. Jelas Yuna, dia tidak suka dengan persembahan yang mempunyai pelakon atau penari yang boleh mencuri tumpuannya ketika berada di atas pentas.

Good luck Yuna dalam AJL26 nanti!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top