Almy minta Fizz jawab status hubungan
Almy Nadia, menafikan dakwaan Fizz Fairuz yang mengatakan dirinya tahu mengenai hubungannya dengan Azlyn Massiela Mohd Nazar, 26.

Almy yang dihubungi semalam menegaskan, dia tiada kena-mengena dengan hubungan mereka, malah jika boleh enggan lagi diheret sama dalam kemelut kontroversi itu.

Dalam laporan muka depan HIP semalam, Azlyn mendedahkan Fizz dan Almy kerap berjumpa walaupun hubungan mereka dikatakan bermasalah.



Azlyn juga dilaporkan berkata, Fizz pernah memintanya membelikan baju sejuk kerana mahu ke Korea. Namun, yang mengejutkan wanita itu, baju berkenaan yang dibelikan untuk tunangnya itu dipakai Almy. Azlyn mengetahui perkara itu setelah melihat gambar Fizz dan Almy terpampang di sebuah majalah.

Masih berkasih?

Ketika ditanya adakah Almy mengenali Azlyn dan apakah hubungannya bersama Fizz tidak pernah putus seperti yang didakwa, Almy bagaimanapun enggan menjawab pertanyaan itu.

"Itu kena tanya Fizz, saya malas hendak komen. Saya tidak tahu apa-apa mengenai wanita itu kerana saya tiada kaitan dengan mereka.

"Dalam hal ini kita tidak boleh mempercayai sesiapa pun. Saya enggan terjerat dalam masalah ini kerana ia akan menyusahkan hidup saya.

"Orang luar boleh nilai sendiri siapa yang betul dan siapa yang salah. Mereka seolah-olah sengaja hendak `membunuh' saya. Mujur Tuhan mengurniakan kesabaran yang tinggi kepada saya. Jadi tolong jangan cabar kesabaran saya kerana jika saya sudah hilang sabar, susah jadinya," kata Almy yang mengakui kali terakhir bersemuka dengan aktor itu kira-kira dua bulan lalu.

~ BH

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top