Sinopsis Pada Suatu Cinta Dahulu

Pada Suatu Cinta Dahulu mengisahkan  Zainal dan Azura bermula selepas remaja itu digantung sekolah kerana menyimbah cat ke muka sahabatnya, Rudy (Zalif Sidek), apabila dia menyangka pelajar lelaki itu cuba merampas Nora (Wawa Zainal) daripadanya.

Tidak tahu ke mana hala tuju sepanjang seminggu digantung persekolahan, Zainal bertemu dengan Azura yang turut mengaku dikenakan hukuman sama.



Setiap hari bertemu, rasa cinta mula berputik di hati Zainal. Namun, Azura tidak berperasaan sepertinya, membuatkan hati Zainal terluka.

Menyedari Azura ada menyembunyikan sesuatu daripadanya, Zainal cuba mengekori gadis itu. Dia menyangka Azura meninggalkannya kerana menghidap penyakit kronik.

Selepas setahun, Zainal bertemu semula dengan Azura di sebuah hospital. Ketika itu, barulah dia sedar Azura sebenarnya seorang doktor dan berkawan dengannya kerana mahu menyiapkan tesis.

Pada Suatu Cinta Dahulu

* Arahan: Hashim Rejab

* Pelakon: Intan Ladyana, Nizam Zaidi, Wawa Zainal, Zalif Sidek, Elmy Moin, Eddy Rauf, Arien Yunus, Norsyuhaida, Siti Aziz dan Adibah Yunus.

* Genre: Komedi cinta

* Tarikh Tayangan: Mulai hari ini

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top