Sinopsis filem Flight

Flight  mengisahkan juruterbang, Willian "Whip" Whitaker lakonan Washington yang berdepan dengan konflik dirinya iaitu seorang kaki botol dan ketagih dadah.

Pada 14 Oktober 2011, selepas berparti, mabuk, mengambil dadah dan melakukan hubungan seks bersama pramugari, Katerina M·rquez lakonan Nadine Velazquez, Whip terus menjalankan tugas keesokan harinya untuk penerbangan SouthJet 227 menuju Altanta.

Bayangkan, dalam keadaan masih khayal dengan ketagihan alkohol dan dadah, Whip meneruskan penerbangan bersama pembantu juruterbang, Ken Evans (Brian Geraghty).


Nasib tidak menyebelahinya apabila kapal terbang itu gagal berfungsi dalam perjalanan atas kesilapan teknikal menyebabkan ia terhempas.

Bagaimanapun sebaik sedar di hospital dengan kecederaan ringan, Whip diangkat sebagai hero kerana masih menyelamatkan 96 nyawa daripada 102 penumpang.

Keadaan bertambah rumit apabila pihak berkuasa menjalankan siasatan mencari punca kemalangan ngeri itu yang memungkinkannya dibawa ke muka pengadilan.

Walaupun tiada siapa mengetahui keadaan Whip yang sebenarnya tidak stabil sebelum penerbangan, namun Whip berdiri atas rasa bersalah.

Temannya ingin menyelamatkan Whip dari terus disabitkan kesalahan. Tambahan pula Whip punya peluang besar untuk lari dari kesilapannya kerana Katerina turut terbunuh dalam kemalangan itu.

Namun, Whip masih tidak mampu mengubah sikap buruknya dengan ketagih dadah dan alkohol.

Adakah Whip akan bebas selaku hero yang menyelamatkan 96 penumpang dalam kemalangan itu atau dia bersikap jujur dengan mengaku salahnya berada di bawah pengaruh dadah ketika penerbangan?

Trailer Flight
 

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top