Filem Bunohan memenangi tiga anugerah pada malam Anugerah Cipta Festival Filem Malaysia 25 (FFM25) yang berlangsung pada malam Rabu di e@Curve, Mutiara Damansara.

Filem tersebut membawa pulang anugerah Penataan Bunyi Terbaik, Penataan Seni Terbaik dan Skor Muzik Asal Terbaik.

Malam pertama FFM25 itu turut menyaksikan Pengarah filem SAM (Saya Amat Mencintaimu), Syafiq Yusof dinobatkan sebagai Pengarah Harapan.

Majlis perasmian dan penyampaian trofi bagi 11 kategori dipertandingkan disempurnakan oleh Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang.

Dalam pada itu, Pelakon Kanak-Kanak Terbaik dimenangi oleh Tee Jing Chen menerusi filem Hantu Gangster.

Anugerah lain yang disampaikan pada malam tersebut ialah Filem Animasi Terbaik, Filem Pendek Terbaik, Poster Terbaik, Pereka Kostum Terbaik dan Lagu Tema Terbaik.

Pemenang meraih sebuah trofi dan wang tunai sebanyak RM10,000.

Malam Anugerah Cipta FFM25 menyenaraikan 11 kategori manakala baki 12 kategori diumumkan pada acara kemuncak Anugerah Perdana yang bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) Sabtu ini.

Berikut adalah pemenang-pemenangnya:

1. Poster Terbaik: Seafood (Silver Ant Sdn Bhd)

2. Pereka Kostum/Busana: 29 Februari (Hasnan Yaacob)

3. Pelakon Kanak-Kanak Terbaik: Hantu Gangster (Tee Jing Chen)

4. Lagu Tema Terbaik: Ombak Rindu (Nurzaidi Abdul Rahman)

5. Penataan Bunyi Terbaik: Bunohan (Raja Ahmad Shaidaley dan Imaginex Studios)

6. Penataan Seni Terbaik: Bunohan (Dain Iskandar Said)

7. Pengarah Harapan: SAM (Syafiq Yusof)

8. Filem Pendek Terbaik: Sanzaru (Reservoir Production Sdn Bhd)

9. Filem Animasi Terbaik: Ninja Vs Pirate (The One Academy)

10. Skor Muzik Asal Terbaik: Bunohan (Mendiang Yuan Tan Yan Wei, Imaginex Studios)

11. Penggiat Belakang Tabir Terbaik: Lim Kim Hua (pembekal filem)

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top