Ibu Catriona Ross, 2 lagi maut dalam nahas


Ibu kepada pelakon Catriona Ross, Siti Zawiyah Ab. Rahman, 63, antara tiga yang maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan bas ekspres di Kilometer 61.8, Jalan Raya Timur-Barat, Gerik  awal pagi .

Dua lagi mangsa yang terbunuh dalam nahas kira-kira pukul 1 pagi berhampiran Perhentian Titiwangsa ialah Norini Abd. Ghani, 43, serta Sitah Abdullah, 53.

Ketiga-tiga mangsa maut akibat cedera parah di kepala dan anggota badan dengan bahagian hadapan kereta Proton Saga yang dinaiki mereka remuk.

Pemandu kereta tersebut, Mustapa Che Su, 54, pula cedera parah dan kini sedang menerima rawatan di Hospital Taiping, dekat sini.

Difahamkan, mangsa dalam perjalanan dari Kota Bharu, Kelantan ke Kepala Batas, Pulau Pinang dan berhasrat meneruskan perjalanan ke Merbok, Kedah untuk menyampaikan sumbangan di sebuah madrasah manakala bas ekspres berkenaan pula dalam perjalanan ke Terengganu.



 ~ Utusan Melayu (M) Bhd

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top