Pelakon yang juga anggota kumpulan Forteen, Izzue Islam menafikan dakwaan kononnya mahu menamatkan status bujang, tidak lama lagi.

Izzue berkata, kenyataannya mungkin disalah anggap apabila pernah memberitahu, dia sudah bersedia untuk berkahwin.

Tapi, katanya, itu bukanlah bermakna dia akan segera berkahwin.

Kahwin isu peribadi

"Maksud saya, jika ada jodoh, adalah. Saya masih tiada perancangan untuk berk ahwin sekarang. Kalau ada pun, mesti saya akan beritahu orang ramai," katanya.

Izzue yang juga calon Top 5 kategori Artis Baru Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular BH 2012 (ABPBH 2012) memberitahu, soal perkahwinan sebenarnya adalah suatu isu peribadi.

"Itu hak privasi saya. Saya tak gentar populariti merudum (kalau berkahwin). Ini kerana peminat sekarang lebih terbuka, mereka tak kisah semua itu. Saya percaya orang lebih memandang pada bakat," katanya.

Berlakon drama Bunga Merah Punya

Menghidupkan watak utama, Merah dalam drama Bunga Merah Punya  arahan Zul Huzaimy, Izzue mencabar dirinya melakonkan watak remaja yang mencari rezeki dengan menyanyi dan bermain gitar di jalanan.

"Saya akui watak ini agak mencabar. Mujur saya ada pengalaman hidup berdikari di Kuala Lumpur. Ketika datang ke Kuala Lumpur lima tahun lalu, saya hidup sendirian dan pernah tidur di kedai bundle.

Gamabr Izzue Islam

"Agak susah untuk mendalami watak Merah, tapi saya gunakan pengalaman yang ada. Saya bersyukur mempunyai pengalaman yang mungkin tidak pernah dilalui orang lain. Saya juga teruja diberi kepercayaan bekerja dengan Zul Huzaimy untuk kali pertama," katanya.

Apa yang menarik, Izzue turut menyanyi dalam runut bunyi drama Bunga Merah Punya tetapi bukanlah bermakna dia akan menjadi penyanyi solo selepas ini.

Tidak pernah berniat meninggalkan kumpulan Forteen, Izzue selesa dengan kumpulan itu termasuk syarikat rakamannya, KRU Studios.

Berkongsi cerita baru, Izzue berkata, Forteen sedang menunggu giliran untuk merakamkan album terbaru dengan single ketiga yang dihasilkan oleh Edry Abdul Halim, akan diedarkan tidak lama lagi.

Izzue akan tampil dengan empat filem tahun ini iaitu Sunti, Ular, Hantu Toq Mudim dan Kami Histeria. Telefilem Mencari Shifa pula akan ditayangkan TV Alhijrah, April depan.

Drama Bunga Merah Punya disiarkan TV9.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top