Artis Veteran Kuswadinata Meninggal Dunia

Takziah diucapkan buat keluarga seniman veteran Kuswadinata, 75, atas pemergian Allahyarham sekitar jam 5 16 Februari 2013..



Allahyarham Kuswadinata atau nama sebenarnya Kuswadi Bujang, 75, berada dalam keadaan nazak sejak dimasukkan semula ke hospital sejak 9 Februari lalu akibat penyakitnya.

Beliau menghembuskan nafas terakhir di sisi isteri Kamariah Mohd Said, 58, dan seluruh ahli keluarga. Allahyarham akan dibawa pulang ke rumah keluarga di Taman Rasmi Jaya, Ampang untuk malam ini.

Solat jenazah akan diadakan pada pagi esok (17 Februari 2013) di Masjid Bukit Indah, Ampang tetapi buat masa ini belum pasti di mana akan kebumikan sebab pihak keluarga masih menunggu pengesahan pihak masjid.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top