Penyanyi Mila Jirin melahirkan rasa rasa terkilan dan kecewa apabila album kedua, Persis Mutiara yang dipasarkan tahun lalu tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan.

"Album kedua itu tidak mendapat sambutan yang baik, malah lagu-lagunya juga tidak diputarkan stesen radio tempatan. Saya sebenarnya sudah pun mempersiapkan diri menghadapi situasi seperti ini memandangkan industri muzik sekarang agak lemah. Penjualan album tidak memberangsangkan kerana ketika ini muncul banyak medium alternatif yang membolehkan peminat memuat turun lagu secara percuma.


"Dari pengalaman lepas, saya banyak belajar supaya jangan terburu-buru dan untuk album ketiga ini saya menggunakan strategi di mana mengenengahkan satu demi satu single sebelum dimuatkan dalam album," katanya.

Mila berkata, setakat ini satu single berjudul Cinta Kasih duetnye bersa ma Nubhan turut digunakan sebagai lagu tema drama bersiri, Cinta Qaseh yang hangat bersiaran di Slot Lestary, TV3.

"Insya-Allah untuk album ketiga ini saya menyahut cabaran untuk menghasilkan lagu sendiri memandang `trend' sebegini lebih diterima.

Mungkin jika seseorang penyanyi menghasilkan lagu sendiri, karyanya lebih telus kerana ia datang dari hati. Tengoklah nanti, jika hasilnya baik, tahun ini lagu itu akan dimuatkan ke dalam album nanti," katanya.

Mila juga akan muncul menerusi filem `Kami Histeria' yang akan ditayangkan tidak lama lagi. Tu rut menerajui filem ini bersama Mila adalah Diana Danielle, Sarah Ali, Nad Zainal, Umi Omar dan pelakon berpengalaman Nur Fazura.

Filem Kami Histeria mengisahkan kumpulan muzik perempuan dan Mila memegang watak sebagai Ain. Watak Ain memerlukan Mila menjadi seorang yang banyak cakap yang menjengkelkan orang, tetapi persepsi penonton akan berubah terhadapnya apabila menonton keseluruhan cerita nanti.

Filem genre komedi seram itu diterbitkan RedFilems dan diarahkan Shamyl Othman.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top