Festival Filem Malaysia Ke-25 (FFM-25) bakal dilangsungkan pada 2 Mac ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya.

Festival anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) itu bakal menyaksikan 59 filem cereka, 66 filem pendek dan 14 filem animasi bersaing untuk 23 kategori yang dipertandingkan.

Antara filem yang dipertandingkan adalah Ombak Rindu, Songlap, Bunohan, 29 Februari, Sam, Jiwa Taiko dan Hoore! Hoore!.


Manakala, kategori yang pasti menjadi tumpuan ramai adalah Filem Terbaik, Pengarah Filem Terbaik, Pelakon Lelaki dan Wanita Terbaik serta Pengarah Harapan.

Untuk kategori Pelakon Lelaki, antara yang tercalon adalah Faizal Hussein, Shaheizy Sam, Pekin dan Zahiril Adzim.

Sementara itu, Maya Karin, Nadiya Nisaa, Vanidah Imran, Sara Ali dan Farah Nazirah bersaing untuk kategori Anugerah Pelakon Wanita Terbaik.

Selain malam anugerah, Majlis Perasmian FFM 25 akan diadakan pada 27 Februari ini bertempat di pusat beli-belah e@Curve, Damansara.

Pengacaraan festival kali ini akan dikendalikan oleh pelakon terkenal Erra Fazira dan Fahrin Ahmad. - UTUSAN

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top