Pementasan teater muzikal ‘Chow Kit Road! Chow Kit Road!

Muzikal ini berkisar kepada watak Ilham (Anding), seorang anak muda yang hidup di Chow Kit yang membidas sekumpulan anggota kelab yang datang untuk membantu. Ketua kumpulan itu yang terkejut, Datin Jamilah (Adibah Noor) kemudian menyahut cabaran untuk mengubah pemuda ini kepada pemuda yang bersikap baik.

Bagaimanapun, beliau mengenakan satu syarat iaitu anggota kelab perlu bersetuju untuk menderma bagi projek dewan masyarakatnya jika beliau berjaya mengubah sikap budak itu. Selepas berubah, Ilham pula menyedari bahawa beliau hanya diperalatkan dan dengan itu sekali lagi menentang kumpulan berkenaan.

Bagaimanapun, kali ini ia lebih rumit kerana beliau jatuh cinta dengan anak Jamilah, Maya. Saksikanlah watak-watak menarik seperti Tookoo iaitu penagih dadah, Dimple (pondan) dan Jelita (pelacur tua) dan peniaga yang menjadi nadi Chow Kit Road.

Pementasan 16 hari ini akan berlangsung di Istana Budaya. Harga tiket ditetapkan pada RM170, RM100 dan RM50 dibuka untuk jualan sejak akhir Januari. Bagi maklumat lanjut, sila log www.masakinitheatre.com.my

----------------------------

Hampir 20 tahun Sudirman meninggal dunia namun warisan beliau tetap berterusan. Sekali lagi Chow Kit akan dikenangi semula dan kali ini secara pementasan muzikal dengan tema ‘Chow Kit Road! Chow Kit Road!’ iaitu lirik pembukaan lagu asal Sudirman. Muzikal ini akan dipentaskan di Istana Budaya dari 10-26 Mei. Ditulis oleh Amry Muhayat dan Saw Teong Hin, pementasan 90-minit ini menyampaikan jalan cerita berdasarkan pada senario di Chow Kit pada hari ini.

Diterbitkan oleh Masakini Theatre Company dengan kerjasama Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Budaya, barisan pelakon termasuk Anding sebagai Ilham, Adibah Noor (Datin Jamilah), Tony Eusoff (Tokoo), Shantini Venugopal (Dimple), Junji Delfino (Jelita) dan Nadia Aqila (Maya).

Para penonton juga boleh menjangkakan 20 daripada lagu Sudirman arahan maestro Jamie Wilson dari AkashA dan dijayakan dengan tarian-tarian bertenaga yang direka tari secara khusus. Lagu-lagu ini termasuk Pesta Dunia, Basikal Tua, Milik Siapakah Gadis Ini, dan Langit Petang.

Tema 'Rumahku, Syurgaku'

"Ramai yang sehinggakan tidak sanggup menoleh ke arah orang di situ ketika melalui Chow Kit," kata Saw Teong Hin akan stigma sosial yang dialami oleh mereka di Chow Kit. Chow Kit mewakili segala-galanya, membuka pintu kepada sesiapa sahaja. Ia mungkin kelihatan ganjil kepada kita tetapi ia adalah dunia tersendiri bagi mereka yang lain," tambah beliau.

Teong menambahkata muzikal itu akan turut menyampaikan mesej-mesej penting akan perpaduan sosial dan amalan hidup bersama. Ini dapat dilihat daripada senarai watak serta barisan pelakon dan penyanyi yang terbabit.

"Lagu-lagu Sudirman mencetuskan emosi. Ia menyentuh apa yang penting bagi orang ramai. Itulah siapa kita sebenarnya," kata Teong yang juga pengarah sebuah filem berasaskan kepada lagu Sudirman, ‘Hoore! Hoore!’

Gembira untuk berlakon 

Bagi Anding, ia bagaikan satu pengalaman mimpi kerana berpeluang beraksi dalam satu lagi teater muzikal. Yang lebih menarik, watak itu bertentangan dengan personaliti sebenar beliau.

"Saya gembira kerana berpeluang berganding dengan Adibah Noor dan saya telah lama menunggu peluang untuk bekerja dengan pengarah ini. Ia pasti menyeronokkan," kata Tony Eusoff.

Bagi Shantini Venugopal, sebagai wanita, melakonkan watak pondan pastinya menarik. "Saya akan beraksi dengan legenda-legenda teater!," laung Adibah Noor dengan penuh gembira.


0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top