Sinopsis drama Bulan, Bintang dan Kita, TV9

Bulan, Bintang dan Kita mengisahkan Andi yang putus cinta dengan kekasihnya Nisha (Anzalna). Andi sebenarnya adalah seorang pemuzik, penyanyi dan komposer hebat dalam sebuah band alternatif popular. Namun kreativitinya semakin merosot sejak putus cinta. Untuk memujuk hatinya yang lara, Andi telah membawa diri ke sebuah tasik. Tanpa disangka, Andi tiba-tiba ternampak sebuah kapal dari angkasa terhempas. Andi bergegas ke tempat kejadian dan terkejut mendapati seorang gadis jelita di sana. Dalam keadaan panik, terus memanggil Jaja dan membawa gadis yang diberi nama Bintang (Amanda Misbun) itu ke rumahnya.

Bintang sukar untuk menyesuaikan diri di bumi terutamanya ketika berada di rumah Andi. Gelagat Bintang yang ‘haru-biru’ dan berbahasa dalam pelbagai bahasa membuatkan membuatkan Andi jatuh cinta kepada Bintang. Bagi Andi, Bintang adalah inspirasinya dan sejak Bintang berada di rumahnya, Andi banyak menghasilkan muzik yang begitu kreatif. Perubahan Andi yang semakin ceria dan kreatif ini membuatkan rakan-rakan Andi berasa lega dan gembira.

Andi dan Jaja terkejut apabila mendapat tahu airmata Bintang boleh menjadi berlian dan setiap kali terkena cahaya, Bintang akan melakukan ‘shuffle’. Bintang mempunyai misi yang besar iaitu ingin berkomunikasi dengan planetnya. Namun, frekuensi yang diterima amat lemah dan ini membuatkan Bintang berasa kecewa.

Satu hari Bintang tiada di rumah dan tidak dapat di kesan. Andi dan Jaja menjadi kelam kabut dan mencarinya di merata tempat. Andi terus mencari Ejat kerana menyangka Ejat menculik Bintang. Rupanya bintang diculik oleh ejen X dan Z. Namun, Bintang dapat melarikan diri kerana setiap kali dalam keadaan panik, Bintang akan menjadi lebih agresif dan berjaya menewaskan kedua ejen tersebut.

Bintang gembira apabila menerima isyarat daripada ibu dan bapanya di angkasa. Bintang bersiap sedia menunggu kedatangan mereka untuk membawa Bintang pulang ke angkasa. Keadaan ini membuatkan Andi berasa sedihkerana dia telah menaruh hati terhadap Bintang. Setelah “berpisah” dengan Bintang, Andi meneruskan menumpukan kariernya dalam bidang muzik.

Setelah enam bulan berlalu Andi tiba-tiba didatangi oleh seorang gadis yang memperkenalkan diri sebagai peminat nombor satu Andi. Kehadiran gadis itu benar-benar membuatkan Andi terkejut! Siapakah gadis misteri dihadapan Andi itu? Adakah Nisha, kekasih yang mengecewakan Andi atau adakah ianya Bintang?

Ok, jangan lupa saksikan di TV9 menerusi drama slot 9X ‘Bulan, Bintang dan Kita setiap Rabu, jam 10.30 malam.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top