Sinopsis telefilem Ukiran Hati, TV2

Ukiran Hati mengisahkan bapa Salim seorang kaki judi dan selalu meminta wang daripada ibunya. Ini membuatkan Salim berdendam dengan bapanya. Dari kecil sehinggalah meningkat remaja, hidupnya tidak aman kerana sikap bapa.

Dia sering menjadi mangsa baran lelaki itu. Setiap kali Salim dipukul, ibunya memujuk dengan berkata, itulah cara bapanya mendidik Salim agar menjadi anak berguna.

Pada masa lapang, Salim mengukir tabung buluh kesayangannya. Suatu hari, ibunya mengajaknya ke bank untuk menyimpan duit yang sudah penuh dalam tabung.

Namun, apabila dia hendak mengambil tabung berkenaan, ia didapati hilang.

Salim syak bapanya yang mengambil tabung berkenaan. Dia pergi mencari bapanya yang sedang bermain daun terup di anjung rumah bersama beberapa rakannya. Di sebelah bapanya, dia ternampak tabung miliknya itu. Lalu Salim terus menuju ke arah bapa dan tanpa bertanya, dia terus menumbuk lelaki itu.

Sejak kejadian itu, mereka bermusuhan sehinggalah Salim berpindah ke Kuala Lumpur, berkahwin dan mempunyai anak. Mereka berdua tidak pernah bertegur sapa.

Pelakon Ezani


Untuk mengetahui apakah yang terjadi kepada Salim dan bapanya serta misteri tabung kesayangannya itu, jangan lupa untuk menyaksikan Ukiran Hati.

Drama Ukiran Hati disiarkan TV2 jam 10 malam. Telefilem ini diarahkan Zulkifli M Osman manakala skrip dihasilkan Mohd Fadzil Khairuddin.

Cerita yang sarat dengan mesej kekeluargaan itu dilakonkan Jalil Hamid sebagai bapa; Ezani Nizariff (watak Salim); Khatijah Tan (ibu); Chomat Samad (bapa ketika muda); Maisurah Sojangi (ibu muda); Rafeet Shah (Salim kecil) dan Puteri Nuresyafiera.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top