Penyanyi Awi Rafael melalui album kedua ini dia banyak bercerita mengenai diri dan perkara yang positif.

"Atas kehendak ramai peminat wanita, saya juga ada memuatkan lagu balada seperti lagu Bila Aku Jatuh Cinta, yang nampaknya cukup digemari mereka.

"Pastinya album ini cukup bermakna apabila julung kali saya menyelitkan lagu berunsur dakwah berjudul Dewa," katanya.


Memilih menyanyikan lagu sendiri Awi berkata bukan bermaksud dia tidak menggemari karya pencipta lain sebaliknya sedang mencari peluang untuk bekerjasama dengan beberapa komposer hebat dan berbakat.

"Saya mempunyai hasrat jika satu hari nanti dapat peluang bekerjasama dengan komposer seperti Edry Abdul Halim dan Ahmad Dhani. Saya harap peluang itu dapat terlaksana pada album saya seterusnya," katanya.

Selain lagu Hari-Hariku turut dimuatkan di dalam album kedua Awi ialah ialah My Baby You, Lebih Berat Dari Syurga, Elvis, Satu Peluang Saja, Kalista dan Siapa Yang Sempurna.

Mengulas mengenai perkembangan hubungan cintanya dengan pelakon cantik Hanez Suraya, Awi berkata, dia lebih selesa berkongsi cerita mengenai kerjaya seni apatah lagi hubungan yang terjalin selama lapan bulan itu boleh dikatakan masih pada peringkat awal.

"Kami masih saling mengenali hati budi masingmasing belum ada perancangan untuk mendirikan rumah tangga setakat ini. Lagipun kami menghormati dan menyokong aktiviti seni sesama sendiri dan biarlah sekarang kami fokus dan mengutamakan kerjaya dulu.

"Kehadiran Hanez pada persembahan saya ini juga sebagai tanda sokongannya terhadap karier seni saya. Sehingga hari ini masing-masing sentiasa sibuk dengan kerja dan saya mahu orang ramai lebih mengetahui mengenai perjalanan seni saya berbanding kisah cinta," kata Awi.

Dalam pada itu, melihat kerjaya Awi yang lebih berkembang pesat di Malaysia, dia menyatakan hasrat akan menukar status dirinya sebagai penduduk tetap negara ini tidak lama lagi.

Biarpun masih memegang status warga Singapura, Awi menegaskan dia dan Warner Music sentiasa mematuhi prosedur serta undang-undang negara ini dalam menerbitkan karyanya di sini.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top