Sejauh mana kebenarannya hubungan cinta di antara selebriti popular Neelofa atau Lofa dan aktor kini bergelar penerbit, Hans Isaac?

Masing-masing tidak puas hati dengan kenyataan yang mereka berikan sebelum ini setiap kali ditanya perkara itu.

Nampak gaya macam bercinta tetapi baca kenyataan seperti tidak. Kita tahu awak semua pun mesti berasakan perkara sama. Kebetulan baru-baru ini kita sempat bertemu Lofa, dalam duduk berdua berbual panjang kita tanya dari hati ke hati, bagaimana sebenarnya hubungan mereka. Adakah Lofa mencintai Hans dan begitulah sebaliknya?

Mungkinkah mereka berselindung soal perasaan kerana mahu menjaga hati ahli keluarga lain terutama ibu Lofa yang sebelum ini didakwa tidak merestui cinta mereka.

Kita tahu awak semua sudah membaca kenyataan diberikan ibu Lofa, Noor Kartina atau sering membahasakan dirinya Mama di kalangan teman media, sewaktu majlis kejutan sambutan hari jadi Lofa yang ke-24, baru-baru ini.


Kartina tidak menghalang sebaliknya menyerahkan soal nikah kahwin anaknya itu kepada Tuhan. Biarlah jodoh menentukan tetapi pada waktu sama, tidak menafikan sebagai ibu, dia mengharapkan anaknya akan menikahi lelaki yang soleh dan mampu membimbing Lofa membabitkan pegangannya.

Pada awalnya, Lofa enggan komen. Mungkin dia sudah muak mahu bercerita mengenai hal itu. Namun bila nampak kita berbicara agak serius akhirnya pengacara rancangan Nona dan MeleTOP itu buka mulut.

Seperti biasa, kata Lofa dia memang rapat dan tidak dinafikan 'soal hati' antara mereka berdua juga wujud. Namun untuk memberikan pengesahan tidak berani kerana bimbang esok lusa jika hubungan tidak ke mana, ia akan menjadi bahan kecaman.

Tanya kita, habis kalau sudah begitu caranya bagaimana? Jawab Lofa memang dia dan Hans 'bersama' bagaimanapun ia tidak bermakna dia cuba bersikap 'tutup pintu' dan tidak lagi memandang orang lain. Tegasnya bukan tidak jujur malah Hans juga boleh buat perkara sama.

Mendengarkan perkara itu membuatkan kita garu kepala. Apa maknanya cinta kalau begitu caranya? Jelas Lofa, dia cuba bersikap realistik dalam hal ini. Pada usia baru mencecah 24 tahun, banyak lagi perkara yang mahu dicapai sama ada dari sudut kerjaya mahupun peribadi. Dia juga harus menamatkan pengajian terlebih dulu.

Seperkara lagi jelas Lofa, kalau dia pukul canang bahawa benar dia dan Hans bercinta pun tidak guna kerana tiada tanda yang boleh dijadikan faktor mengikat bagi dijadikan bukti mereka serius dalam soal ini.

Kalau benar Hans mahukan dirinya, sudah tentu dia melakukan sesuatu bagi meyakinkannya yang benar dia mahukan Lofa dan cuba membawa hubungan ke langkah seterusnya.

Selagi ia tidak berlaku, bermakna lelaki lain yang mahu mendekati diri Lofa juga masih punya peluang sama. Ia bagaikan satu hubungan terbuka seperti status dalam laman muka buku In Open Relationship, sudah berteman tetapi tidak mengehadkan diri untuk mengenali orang lain.

Bila difikirkan apa yang diperjelaskan Lofa ini, pada kita ada juga benarnya. Mengapa kita harus berpegang kepada satu hubungan yang tidak ada kepastian. Bimbang nanti kalau si perempuan yang sakan tunggu akan menanggung sengsara dan kecewa apabila tiba-tiba si lelaki memilih perempuan lain menjadi suri hidup. Pada kita ini satu langkah bijak! ~ Metro Ahad

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top