Pengarah filem baharu Ain Nordin meluahkan rasa berdebar dan risau menunggu respons penonton yang bakal menyaksikan filem sulung arahannya iaitu Oh Mak Kau (OMK).

Ain atau nama sebenarnya Nurul Ain Nordin, 25, berkata, dia juga tidak sanggup mendengar pendapat umum yang mengatakan OMK merupakan sebuah filem bodoh dan pada masa sama memperkecilkan karya tersebut.

"Sejujurnya, perkara yang paling takut saya nak hadapi ialah respons penonton yang menyaksikan filem ini.

"Tak tahulah bagaimana rasanya apabila ada yang memperkecilkan filem ini. Lebih-lebih lagi saya seorang pengarah baru.

"Dan paling takut apabila orang kata filem saya adalah naskhah yang bodoh," katanya.

Filem yang diterbitkan oleh Star Scope Production Sdn Bhd ini bukan saja menampilkan Ain sebagai pengarah malah dia juga merupakan penerbit bersama dan turut membintangi filem ini.


Antara barisan pelakon yang turut terbabit ialah Didie Alias, Abon, Syamsul Yusof, Jepp dan Shuib Sepah, Yassin Elias, Faiz Raja Lawak dan Yank Kassim.

Dalam pada itu Ain juga berharap agar masyarakat tidak merendahkan kredibilitinya sebagai pengarah filem tersebut.

"Alhamdulillah, dengan bekal ilmu pengetahuan pengarahan yang dimiliki ketika belajar di UiTM (Universiti Teknologi Mara), saya aplikasikan ilmu itu ke dalam kerja pengarahan saya.

"Saya tahu ada banyak lagi perkara yang perlu diperbaiki, tetapi berilah peluang masa untuk saya belajar agar dapat menjadi pengarah yang lebih baik lagi.

"OMK adalah filem arahan pertama saya dan semestinya banyak perkara yang perlu diperbaiki. Saya harap agar peminat seni filem tempatan mempercayai kebolehan saya untuk menjadi pengarah yang lebih baik lagi," ujarnya.

Filem yang berkisarkan dua beradik, Sam (Jepp) dan Mun (Shuib) dengan kata simbol mereka, ‘kemas balik selepas mencuri’ sering mencetuskan kemarahan ibu mereka.

Segalanya berubah dengan kedatangan Que (Ain), seorang wanita yang berjaya mencuri hati mereka berdua.

Kehadiran Que juga membuatkan Embun (Didie) terasa tergugat kerana menganggap Que cuba menentang dan merampas kawasan miliknya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top