Program hebat sempena cuti sekolah
Sempena cuti sekolah yang bermula 25 Mei hingga 9 Jun ini, pelbagai program menarik disajikan stesen televisyen TV3 bagi mengisi masa lapang kanak-kanak menerusi slot Bananana! Break Time dan Jom Relaks!

Telefilem berjudul Coklat Maraton arahan Apache umpamanya pasti menarik perhatian si cilik pada 1 Jun, jam 11.30 pagi.

Ia mengisahkan Lat yang amat meminati Anis. Namun, gadis itu juga diminati Johan, budak lelaki yang suka membuli Lat.

Johan seorang olahragawan sekolah, mencabar Lat untuk memasuki pertandingan mini maraton. Jojo, rakan baik Lat menawar diri untuk melatihnya, namun sikap Lat yang sangat liat dan hanya mahukan coklat sebagai habuan membuatkan Jojo berang.


Abang saudara Jojo, Abang Ali sanggup melatih Lat dengan mengumpannya coklat setiap 10 meter larian.

Suatu hari, Anis mendapat tahu Latmemasukipertandingan maraton dan memberi semangat kepada Lat serta berlatih bersama.

Telefilem Coklat Maraton dibintangi Daniel Iman, Ben Laden, Errynne Errynna, Azam Idola Kecil 2, Nas-T, Mustafa Kamal dan Emma Akma.

Tidak lengkap cuti sekolah tanpa sajian program animasi. Enam filem animasi Barbie menarik tontonan kanak-kanak dengan siri Barbie The Diamond Castle, Barbie As The Princess And The Pauper, Barbie And The Magic Of Pegasus, Barbie Fairytopia: Magic Of The Rainbow, Barbie In The 12 Dancing Princesses dan Barbie As The Island Princess, yang akan bersiaran setiap Selasa hingga Khamis, jam 10.02 pagi.

Animasi Bola Kampung dan Boboiboy melengkapkan sajian cuti sekolah yang akan disiarkan pada hari Isnin hingga Khamis, jam 9.30 pagi dan 5.30 petang, selain siri kartun popular dari Korea berjudul Robot Arpo pada 1,2,8 dan 9 Jun jam 10 pagi.

Slot Jom Relaks! di bawah jenama Wanita Inspirasiku pula mengajak seisi keluarga meneroka alam fantasi dengan kisah dongeng yang menghiburkan di samping sarat mesej dan pengajaran.

Sinetron Puteri Keong Emas Dan Nenek Sihir, Puteri Angsa Dan Kuda Ajaib, Dewi Dan Pesawat Terbang Misterius, Borobudur, Peri Kembar Dan Putri Kembar, Diaz Dan Koran Keberuntungan, Gadis Pemintal Benang Emas dan Harta Karun Raja Hayam Wuruk, semuanya penuh dengan penceritaan tragik dan dramatik disiarkan setiap Isnin hingga Khamis, jam 4.02 petang.

Barbie And The Magic Of Pegasus

30 Mei, 10.02 pagi

* Annika keluar secara senyap-senyap dari Istana untuk bermain luncur ais, sebelum menemui beruang kutub bernama Shiver. Malam itu, Annika curi keluar sekali lagi. Kali ini, dia menyertai festival di mana muncul ahli sihir dikenali sebagai Wenlock, yang mahu mengahwini Annika. Apabila Annika menolak, Wenlock menyihir semua orang menjadi batu.

* Pelakon: Kelly Sheridan, Kathleen Barr, Lalainia Lindbjerg, Colin Murdock, Mark Hildreth.

Robot Arpo

1, 2, 8 dan 9 Jun,

10.00 pagi

* Pada asalnya Arpo dicipta sebagai robot pemusnah. Bagaimanapun, sesuatu yang tidak dijangka berlaku kepadanya ketika dia tidur. Apabila Arpo bangun, dia mendapati dirinya berada di rumah keluarga yang pelik. Ibu mereka membuang semua senjata yang berbahaya pada Arpo, mengurangkan kuasa seterusnya memasukkan cip emosi padanya. Arpo kini bertukar menjadi robot pengasuh kepada keluarga itu.

Dewi Dan Pesawat Terbang Misterius

29 Mei, 4.02 petang

* Dewi seorang kanak-kanak yang cenderung dengan permainan kapal terbang. Suatu hari ketika sedang bermain dengan abangnya, Andy, Ranu dan kawan-kawannya, merampas serta merosakkan permainan mereka. Seorang wanita yang memakai roket terbang di langit menyaksikan kejadian itu, lalu dia berhenti untuk membantu Dewi. Beberapa hari kemudian, wanita itu muncul semula untuk memperkenalkan dirinya sebagai Jennifer dari Belanda. Tujuan Jennifer adalah untuk mencari pesawat terbang Alexander. Dewi dan Andy mengetahui di mana pesawat itu, tetapi enggan memberitahu Jennifer.

* Pelakon: Vhiendy Savela, Randy Martin, Awal Trysurya, Firrina Sinatrya, Riri Manis.

Puteri Angsa Dan Kuda Ajaib

28 Mei, 4.02 petang

* Wulan ialah gadis kampung yang cantik dan tinggal bersama bapanya, Pak Jaya, penjual sayur. Suatu hari, Wulan bertemu seekor kuda ajaib apabila Pak Jaya keluar ke bandar untuk menjual sayur-sayuran. Wulan berasa kasihan terhadap kuda itu, lalu memberanikan diri mengikutinya hingga ke sebuah hutan yang mempesonakan. Semua haiwan menjadi terkejut dan hairan bagaimana Wulan boleh memasuki kawasan mereka.

* Pelakon: Sawung, Lisfia, Rika Herman, Boem Boem, Dewi Cahyanti.

Barbie As The Princess And The Pauper

29 Mei, 10.02 pagi

* Mengisahkan Barbie yang mempunyai dua penampilan, seorang puteri dan seorang gadis kampung yang miskin. Suatu hari, Puteri Anneliese diculik dan Erika, yang mempunyai wajah seiras, harus menyelamatkan puteri terbabit.

* Pelakon: Kelly Sheridan, Melissa Lyons, Julie Stevens, Mark Hildreth, Mark Luna, Alessandro Juliani

Barbie The Diamond Castle

28 Mei, 10.02 pagi

* Ketika Barbie dan Teresa seronok menulis lagu sambil bermain gitar, Stacie masuk ke dalam bilik secara mengejut dan memarahi kawan baik Barbie, Courtney. Melihat sikap adiknya, Barbie memutus untuk menceritakan kisah dua sahabat bernama Liana dan Alexa. Mereka berdua sahabat akrab yang bekerja sebagai penjual bunga. Suatu hari, ketika dalam perjalanan ke rumah, Liana dan Alexa terserempak dengan nenek tua lalu memberikan makanan kepada wanita itu. Sebagai balasan, nenek itu menghadiahkan Liana dan Alexa sebuah cermin ajaib. Selepas cermin itu dibersihkan, muncul wajah seseorang yang mahu dikenali sebagai Melody di permukaan cermin itu.

* Pelakon: Kelly Sheridan, Melissa Lyons, Cassidy Ladden, Chantal Strand, Maryke Hendrikse, Lara Janine, Kathleen Barr.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top