Rembau Most Wanted lebih popular daripada Waris

Sebut saja Rembau Most Wanted (RMW), pasti ramai yang terikut-ikut lagu dialek Negeri Sembilan nyanyian Waris yang mula diperdengarkan sejak awal tahun lalu.

Namun, tidak ramai yang mengenali penyanyinya, Waris.

Malah, perkara itu turut diakui penyanyi asal Rembau, Negeri Sembilan ini.

 “Orang tak kenal muka saya. Mereka tahu lagu tapi tak tahu bahawa saya yang menyanyikan lagu itu.

“Kawan-kawan di kolej pun ramai yang tak tahu,” katanya ketika ditemui, semalam.

Pelajar jurusan Kejuruteraan di Uniten, Bangi ini kini kembali dengan lagu terbaru berjudul Botingkek-tingkek (bertingkat-tingkat).

Botingkek-tingkek mengisahkan tentang padah apabila berbelanja tanpa berpada-pada.

Waris atau nama sebenarnya Muzammil Alias menyanyikan lagu tersebut bersama ‘rapper’, Juzzthin.

“Lagu ini sudah dikeluarkan sejak dua minggu lalu. Kami cuba yang terbaik dan kalau diterima sebaik Rembau Most Wanted...Alhamdulillah.

“Setakat ini, macam-macam maklum balas saya terima daripada pendengar. Ada yang suka dan ada yang lagi suka RMW. Terpulang pada mereka sebab cita rasa tak sama kan,” katanya.

Berkongsi cerita tentang perancangan untuk mengeluarkan album pertamanya, Waris akui tidak tertumpu pada loghat Negeri Sembilan sahaja.

“Tahun ini saya sasarkan untuk keluar album. Lagu nanti akan campur-campur. Ada loghat Negeri Sembilan, bahasa Melayu penuh dan bahasa Inggeris.

“Perancangan album memang saya serah pada DJ Fuzz. Saya bernaung di bawah syarikat rakaman, Mixology Music,” katanya.

Bercerita tentang nama pentas yang digunakannya, Waris akui nama tersebut sudah digunakan sejak aktif dalam muzik ‘underground’.

“Nama Waris ini nampak ‘nogori’ sikit. Sebab itu saya menggunakan nama Waris. Saya dah guna nama ini sejak mula-mula ‘join’ muzik ‘underground’,” kata penyanyi berusia 24 tahun ini.

Terbaru, Waris bakal berkolaborasi dengan penyanyi, Hattan dalam single akan datang.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top