Jubah Lelaki Aeril

Aeril Zafril mula berjinak-jinak dalam dunia perniagaan fesyen islamik apabila bakal perkenalkan fesyen jubah lelaki menggunakan nama Aeril.

Katanya, dek dirinya gemar memakai jubah dan melihat fenomena jubah yang dipakai golongan muda, Aeril melihat ia sebagai peluang untuk menjalankan bisnes ini melalui atas talian (on-line).

Saya tidak pandai mereka jubah, cuma bila saya lihat rekaan itu sesuai dan menarik, saya akan pakai. Saya berkolaborasi dengan pereka jubah iaitu saudara Nasrun dan kami akan berbincang jenis rekaan jubah bersesuaian.

Apa salahnya jubah terus menjadi `trend' anak muda dan saya mahu memulakannya. Jubah itu adalah pakaian sunnah Rasulullah, cuma untuk menarik perhatian lebih ramai golongan muda, ia dikontemporarikan.

Saya kini dalam usaha untuk melengkapkan laman sesawang dan koleksi jubah yang akan dijual kelak, katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top