MSM 2 : Sharifah Shahora Lega Tidak Tersingkir

Selepas mengharungi debaran dalam pusingan penyingkiran malam tadi, pasukan biru yang diketuai oleh Dato’ Aznil (Pak Nil), akhirnya menarik nafas lega apabila juri mengumumkan tiada penyingkiran berlaku pada episod kali ini.

Dalam episod ke 12 MasterChef Selebriti Malaysia (MSM2), para juri berpuas hati dengan kesemua hidangan yang disediakan selebriti.


Chef Adu, Chef Zubir dan Chef Jo juga membuat kejutan kepada selebriti keputusan untuk tidak menyingkirkan peserta telah dibuat sejak awal dan itu menyebabkan selebriti yang menangis sebak apabila nama Sharifah Shahora diumumkan, menjerit kegembiraan.

Sharifah Shahora pula, hanya mampu menarik nafas lega selepas dia terselamat malam tadi. Lebih menarik lagi, Shahora tidak menangis apabila namanya diumum sebagai peserta tersingkir!

Keputusan tersebut sekaligus membawa kesemua 14 peserta yang tinggal bersaing dalam episod MSM2 seterusnya.

Dalam Ujian Sajian Pantas & Penyingkiran malam tadi, para selebriti dari kumpulan Biru yang tewas dalam Cabaran Sajian Luar pada hari sebelumnya telah diberikan cabaran untuk menyediakan hidangan berasaskan Ubi Kayu.

Empat peserta yang menyahut cabaran pada malam tadi ialah Datuk Aznil Hj Nawawi, Sabhi Saddi, Sharifah Shahora dan Rozita Che Wan.

Daripada keempat-empat mereka, hidangan dari Pak Nil dan Che Ta merupakan yang terbaik, sementara Sabhi dan Sharifah Shahora terpaksa berdebar apabila dipanggil para juri.

Terdahulu, 5 peserta telah tersingkir iaitu Yassin, Keroz, Sathiya, Zain dan Afiq Muiz. ~ AstroGempak

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top