Sinopsis Filem KIL

Kil mengisahkan Akil seorang pemuda yang tertekan dan cenderung membunuh diri, tetapi tidak pernah berjaya. Cubaannya membunuh diri sentiasa gagal sehingga dia menemui penyelesaian sempurna.

Akil terjumpa sebuah agensi dikenali sebagai Life Action Bureau (LAB) yang boleh membantu sesiapa saja membunuh diri.


Akil bersetuju dengan terma syarikat LAB iaitu pembunuhan akan dilaksanakan oleh individu tidak dikenali. Butiran seperti masa dan cara pembunuhan juga dirahsiakan - apa yang penting tampak kemas dan sulit. Perjanjian itu dipersetujui Akil. Bagaimanapun, Akil mula jatuh cinta dengan seorang gadis bernama Zara.

Sejak itu, dia menyesal dengan tindakannya mendapatkan bantuan LAB. Bagaimanapun, hasrat untuk menarik diri dalam misi itu sudah terlambat. Adakah Akil berjaya menyakinkan LAB supaya membatalkan operasi mereka? Adakah Akil akan dibunuh dan bagaimana pula kisah cinta antara dia dengan Zara?

KIL Official Trailer

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top