Sinopsis filem Tujuh 

Tujuh berlatar belakang tahun 1977 mengisahkan enam sahabat Mus, Ray, Ilyas, Yasmin, Tina dan Emma yang ingin menghabiskan percutian di banglo persinggahan Sam di atas bukit.

Ketika di sana, mereka bertemu dengan Tok Batin dan anaknya Suri yang menjaga rumah persinggahan Sam. Sam meminta Tok Batin dan Suri membersihkan rumah itu kerana dia dan rakan ingin berparti. Namun, keesokannya hanya Suri yang datang kerana bapanya ada urusan lain.

Kehadiran Suri menarik perhatian Tina yang cenderung kepada kaum sejenis dan sering memerhatikan Suri membuat kerja di banglo itu. Sam pula meminta Suri tinggal dan membantunya melayan tetamu yang datang. Namun, ketika parti berlangsung, keadaan menjadi tidak terkawal dek pengaruh arak dan dadah. Pakaian Suri secara tidak sengaja terkena tumpahan air dan Tina menawarkan Suri bajunya untuk diganti. Tetapi apabila berada di dalam bilik, Tina cuba menggoda Suri.

Suri gagal melarikan diri. Sebaik majlis selesai, Suri yang kusut-masai dan penuh berlumuran darah menemui Sam dan rakannya sambil memaki hamun mereka. Tiada siapa yang tahu apa berlaku kepada Suri. Pada masa sama, Suri berazam untuk membalas dendam dengan membunuh mereka dalam mimpi. Sebaik saja Suri menyumpah mereka, tanpa diduga dia terjun di tepi bukit membunuh diri.


Pelakon Tujuh: Johan As'ari, Pekin Ibrahim, Syahrul Ridzwan, Aeril Zafril dan Aaron Aziz. Tidak ketinggalan, Wan Hanafisu, Marsha Milan Londoh, Christina Suzanne, Siti Saleha dan Dee Dee Nash.
 Pengarah: Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top