Biodata Kim Yu Jin - Uee (Kim Yoo Jin)

Nama sebenar: Kim Yu Jin

Tarikh Lahir: 9 April 1988 di Daegu, Korea Selatan

Tinggi: 173 sentimeter

Jenis Darah: AB

Bintang: Aries

Uee adalah bekas perenang dan pernah belajar di Universiti Sungkyunkwan.

Bapanya, Kim Sung Kap adalah jurulatih pasukan bola lisut Korea Selatan, Heroes.




Walaupun berlakon melalui beberapa drama seperti Queen Seon Duk, nama Uee lebih dikenali ketika bersama kumpulan After School pada 2009 dengan kemunculan single Diva pada April 2009.

Sebelum bersama After School, Uee disenaraikan dalam kumpulan Five Girls bersama seorang anggota kumpulan Wonder Girls, Yubin, Hyosung (Secret), Yang Jiwon (Spice) dan GNa tetapi dibubarkan sebelum kemunculan album pada 2007 kerana masalah kewangan yang menimpa syarikat Good Entertainment yang turut dinaungi kumpulan Shinhwa.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top