Senarai lokasi dan tarikh uji bakat Akademi Fantasia (AF 2013)

Uji bakat Akademi Fantasia musim kesepuluh bakal diadakan di lima lokasi iaitu Johor, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Selangor.

Berikut adalah senarai lokasi dan tarikh uji bakat AF:

1. Hotel The Zon, Johor Bahru ( 1 & 2 Jun 2013)

2. Hotel vistana, Pulau Pinang (8 & 9 Jun 2013)

3. Hotel Merdeka Palace, Kuching, Sarawak (15 & 16 Jun 2013)

4. Hotel Promenade, Kota Kinabalu, Sabah (22 & 23 Jun 2013)

5. Shah Alam Convention Centre (SACC) Shah Alam (29 & 30 Jun 2013)

Bagi yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai sesi uji bakat secara talian boleh melayari www.akademifantasia.com.my.

Pada musim terbaharu ini selain peserta solo, pasangan duet juga boleh mengambil bahagian.

Peserta juga boleh menghantar link video nyanyian mereka yang dimuat naik ke laman youtube ke portal rasmi AF dan calon yang berjaya akan dipanggil untuk diuji bakat dilokasi berdekatan.

Video-video yang terpilih akan dihubungi oleh pihak produksi untuk ke peringkat seterusnya dan cara ini dilihat lebih dekat dengan kuasa sosial media dan akan memudahkan peserta.

Peserta mestilah berumur 18 hingga 35 tahun dan ia turut terbuka kepada warga Singapura.

Peserta dibenarkan berinteraksi dengan peminat menerusi laman Facebook, Twitter dan Instagram bagi membolehkan mereka belajar berinteraksi dengan peminat.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top