Adam Sandler diracun pembantu rumah

Bagai babak dalam sebuah filem, aktor dan pelawak Adam Sandler seperti masih tidak percaya terhadap apa yang telah terjadi ke atas dirinya.

Sandler telah diracun dengan sejenis racun tumbuhan oleh pembantu rumahnya sendiri!


Menurut Sandler, dia kerap berasa gatal seluruh badan saat bangun daripada tidur.

"Saya hairan mengapa setiap kali bangun tidur, seluruh badan saya gatal-gatal. Jadi satu hari, saya mengambil keputusan untuk memasang kamera litar tersembunyi di dalam bilik.

"Tiba-tiba satu hari saat saya tidur, saya telah didatangi seorang pembantu rumah dan dia mengoles sesuatu seperti minyak. Apabila saya bangun keesokan harinya, badan saya menjadi gatal-gatal," cerita Sandler.

Dia yang kemudian bertanya kepada pembantu rumahnya tentang perbuatan yang dilakukan bagaimanapun tidak mendapat jawapan daripadanya.

Ujarnya: "Saya bertanya mengapa dia meracun saya dan dia hanya berlalu pergi."

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top