Sinopsis Mawar Putih Tanda Perpisahan

Mawar Putih Tanda Perpisahan mengisahkan Sudin, lelaki pertengahan umur yang masih belum berkahwin. Dia bekerja sebagai nelayan dan tinggal bersama ibunya yang uzur di kampung. Kelebihan Sudin ialah dia amat mahir dalam kaligrafi Jawi. Kehidupannya berubah selepas kematian ibunya. Hidupnya mula menjadi sunyi tanpa sesiapa di sisi.

Pak Mail, jiran Sudin yang juga kawan baik arwah ayahnya memujuk Sudin untuk mengahwini anaknya, Dahlia yang baru saja selesai menduduki peperiksaaan SPM. Alasannya, dia mahu meringankan beban ditanggung Sudin. Sudin akhirnya setuju dengan permintaan Pak Mail dan bermula la kehidupan baru Sudin dan Dahlia sebagai suami isteri.


Pada awalnya, Sudin dan Dahlia saling kekok dan mereka jarang berkomunikasi. Sudin sanggup lakukan apa saja asalkan Dahlia bahagia. Dia tak kisah melakukan kerja rumah seperti memasak, mengemas dan membasuh. Selepas beberapa minggu, Dahlia mula menerima Sudin dan jatuh cinta pada suaminya.

Suatu hari, Dahlia menerima khabar daripada orang kampung yang Sudin hilang di laut selepas bot dinaikinya karam. Orang kampung menemui dua mayat terapung. Namun, tiada berita mengenai Sudin mahupun mayatnya dijumpai. Dahlia masih percaya suaminya Sudin masih hidup dan dia setia menunggu Sudin setiap hari sambil ditemani diari suaminya yang ditulis dalam huruf Jawi. Dahlia tidak memahami apa ditulis kerana tidak pandai membaca Jawi.

Setelah lama melawan perasaannya, Dahlia akhirnya membuat keputusan. Diari Sudin diletakkan dalam plastik dan dibuang ke laut. Dia menerima takdirnya dan reda bahawa suami tercinta sudah tiada.

Pelakon  drama Mawar Putih Tanda Perpisahan : Rosyam sebagai Sudin, Nad Zainal (Dahlia), Omar Abdullah (Pak Mail) dan Ruminah Sidek (ibu Sudin).

Drama televisyen menarik ini disiarkan secara istimewa untuk produk Super Telemovie bagi tahun ini menerusi saluran Astro Tayangan Hebat (Rangkaian 952) atau Astro Box Office menerusi terbitan produksi milik Rosyam Nor, Suhan Movies Sdn Bhd.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top