Bikers Kental Kutip RM1.3 Juta Selepas 5 Hari Tayangan!
 Tayangan Unggul dan Astro Shaw sekali lagi membuat kejutan apabila filem terbaru terbitan mereka Bikers Kental yang mula ditayangkan sejak 23 Mei lalu mendapat kutipan di luar jangkaan!

Bikers Kental arahan Helmi Yusof sudah pun mengutip RM1.3 juta selepas 5 hari ditayangkan. Zizan Razak mempunyai ‘spark’ yang tersendiri begitu juga dengan Awie dan Zul Ariffin, masing-masing punya kehebatan!

Bukan sekadar komedi, Bikers Kental juga merupakan sebuah filem sarat dengan moral tentang keakraban yang sangat sesuai ditonton seisi keluarga di musim cuti sekolah ini.

Walaupun terpaksa bersaing dengan filem dari Hollywood, Fast & Furious 6, Bikers Kental masih mampu mencecah kutipan box office! Ini bermakna Bikers Kental sememangnya sebuah filem ‘Wajib Tonton’!

Filem aksi komedi ala ‘road trip’ ini menyingkap perjalanan kehidupan seorang pekerja kedai motor, Bidin Al Zaifa yang memiliki minat mendalam terhadap motor berkuasa besar dan bercita-cita memiliki ‘superbike’ sendiri.

Bidin mempunyai impian untuk menunggang motosikal besar dari Kuala Lumpur terus ke Thailand.

Walaupun seorang yang cuai, sikap Bidin amat disenangi dan disukai ramai, Bidin telah ditawarkan peluang untuk berkonvoi bersama - sama dengan geng motosikal Eddie Cuardo, salah seorang pelanggan garaj Aidil.

Pengembaraan Bidin bersama Eddie Cuardo bermula dan dari sini, bermula pelbagai kisah, tragedi dan konflik diantara Bidin, Eddie dan Saiya Sukhaporn bersama rakannya Cherry Porntit, 2 orang gadis Thailand yang mereka temui ketika konvoi.

Secara keseluruhannya, Helmi Yusof berjaya membawa sebuah karya ringan yang mudah difahami. Dia yang pertama kali duduk di kerusi pengarah berjaya membawa skil dan pengalamannya bergelar pengarah fotografi ke pengarahan filem.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top