Sinopsis Bisikan Syaitan

Bisikan Syaitan mengisahkan pasangan suami isteri, Kamil (Fizz) dan Soraya (Nabila) yang membuat perjanjian dengan syaitan sematamata untuk hidup senang. Kamil yang berkelulusan undangundang, terpaksa bekerja sebagai pemandu lori kerana sukar mendapatkan pekerjaan.

Kesempitan hidup mereka menyebabkan Soraya menghasut Kamil untuk membuat perjanjian dengan syaitan. Kamil akur dan sebagai syarat, dia terpaksa menceraikan Soraya demi kebaikan mereka bersama.


Kemudian, Kamil berkahwin dengan Iera (Fiza). Apabila anak pertama, Jasmine (Farrah Nadiah) dilahirkan, Soraya memaksa Kamil membunuh isterinya itu sebagai korban pertama.

Bagi menunaikan janji mereka kepada syaitan, setiap 10 tahun sekali mereka dikehendaki mencari wanita yang mengandungkan anak sulung untuk dijadikan korban.

Namun, Soraya terjerat dan ditahan polis kerana membunuh. Dia dijatuhkan hukuman gantung sampai mati atas kesalahannya itu.

Kerana tidak menunaikan janji kepada syaitan, satu persatu ahli keluarga Kamil dibunuh, manakala anaknya pula dibayangi Soraya.

Trailer Bisikan Syaitan
INFO FILEM

* Filem: Bisikan Syaitan

* Arahan: Faizul A Rashid

* Pelakon: Fizz Fairuz, Nabila Huda, Wan Sharmila, Farrah Nadiah, Azam Pit, Fiza

* Genre: Seram/ Misteri

* Tarikh tayangan: Mulai 2 Mei 2013

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top